Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Kucing Bunting: Panduan Lengkap Penjagaan Dan Persediaan Tambahan

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Seekor kucing betina boleh mula hamil seawal usianya 8 minggu jika tidak dikasi. Walaupun ia dikira masih muda, kucing sudah mampu mengandung, terutamanya kucing jalanan. Jika anda nerasa kasihan melihat kucing bunting dan ingin menjaganya, anda perlu kenal pasti dahulu temph kucing bunting dan tips penjagaan. 

Berapa bulan kucing bunting?

Pertama sekali, anda perlu tahu tempoh kucing mengandung. Kucing bunting biasanya selama lebih kurang 63-67 hari atau 9 minggu. Hal ini bersamaan dengan lebih kurang 2 bulan lebih sahaja.

Oleh itu, kalau anda nampak ada kucing yang perutnya besar dan gigih menghidu mencari tempat berteduh, itu mungkin tanda tempoh kucing bunting. 

Kalau anda sendiri ada membela kucing yang sedang bunting, artikel ini akan memberikan panduan lengkap penjagaan dan persediaan tambahan untuk menyambut anak kucing nanti.

Ciri-ciri kucing bunting

Anda biasa nampak kucing bunting dengan perut besar sahaja. Namun, ada banyak lagi tanda kucing bunting. 

  • Puting gelap

Puting kucing hamil kelihatan gelap dan lebih menonjol. Hal ini disebabkan oleh reaksi hormon dalma badan si kucing. Walaupun perutnya mungkin belum cukup besar, anda masih boleh mengesan keadaannya dengan melihat ciri-ciri ini.

  • Banyak makan

Seperti manusia, kucing hamil juga akan menjadi kuat makan. Sediakan makanan dan air yang mencukupi agar ia tidak gelisah dan kelaparan. 

  • Berat badan naik mendadak

Oleh sebab seleranya meningkat, maka berat badannya juga akan naik secara mendadak. Tambahan pula kandungannya bukan hanya seekor.  

  • Banyak tidur

Kucing yang bunting juga akan banyak tidur dan kurang aktif. Ia lebih gemar duduk-duduk sahaja dan tidak berminat bermain atau melakukan sebarang aktiviti.

  • Manja

Jika si manja anda manja, ia mungkin lebih manja lagi ketika bunting. Ia akan sering meminta anda mengusapnya dan mendambakan perhatian anda sahaja.

Dalam tempoh bunting kucing, ciri-ciri di atas mungkin tidak berlaku serentak, tetapi berperingkat. Walau bagaimanapun, ada juga ciri-ciri yang mungkin tidak dialami kucing anda. Anda hanya perlu memberikan perhatian padanya.

Apa yang harus dilakukan 

Sebagai seseorang yang sayangkan kucing dan inginkan yang terbaik kucing mengandung, anda digalakkan untuk melakukan perkara-perkara seperti di bawah:

  • Makan yang cukup dan berkhasiat

Anda boleh mempelbagaikan jenis makanan yang diberikan. Jika anda rajin, anda juga boleh memasak sendiri makanan kucing untuk diberikan kepadanya. Selain kibbles, tambahkan lebih banyak wet food juga dalam diet sehariannya.

  • Ruang yang selesa dan tersorok

Anda juga perlu menyediakan ruang yang selesa dan tersorok. Anda boleh menggunakan kotak atau sangkar yang besar sebagai perumah. Kemudian, alaskan dengan selimut yang gebu dan selesa. 

Letakkan tempat berehat ini di penjuru bilik atau di bawah meja untuk memberikan privasi kepada si kucing bunting.

  • Jangan benarkan kucing keluar

Untuk menjaga kesihatannya, jangan benarkan kucing keluar dari rumah. Hal ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman yang boleh melemahkan antibodinya.

Jika anda dapat mengenal pasti tempoh kucing anda hamil, maka anda pasti dapat mengagak tarikh atau minggu ia akan melahirkan.

Persediaan untuk kucing yang hendak melahirkan

Sebagai seseorang yang sayangkan kucing, anda mesti mahukan yang terbaik untuk kucing anda. Anda juga pasti tidak mahu kucing anda melahirkan dalam suasana yang kotor dan terbiar. Berikut disenaraikan persediaan tambahan untuk menyambut anak-anak kucing.

  1. Ruang yang luas, selesa, dan tersorok

Anda boleh menyediakan sebuah kotak atau sangkar yang luas di penjuru bilik atau bawah meja. 

  1. Sediakan tuala yang cukup

Tuala atau selimut sangat penting sebagai alas. Hal ini supaya darah yang keluar tidak bersepah dan diserap dengan baik. Kucing juga akan berasa selesa dan terjaga.

  1. Sediakan air minuman (untuk ibu kucing)

Proses melahirkan lazimnya berlaku sehingga 36 jam maksimum. Anda harus memastikan si kucing sentiasa mempunyai cukup air dan makanan untuk tenaga. Jika tidak, ia akan berasa lemah dan tidak bermaya.

Tanda-tanda kucing ingin melahirkan

Kucing yang ingin melahirkan akan menunjukkan tanda-tanda seperti di bawah. Anda harus peka dan pantas bertindak jika anda perasan akan tanda-tanda ini:

  1. Mengiau tanpa henti

Si kucing akan mengiau tanpa henti. Ini menunjukkan ia mungkin sedang dalam kontraksi. Perlahan-lahan bawa ia ke tempat yang anda telah sediakan dan tunggu bersamanya. Ada kucing yang tidak ingin diteman, namun, anda masih boleh menunggu berhampiran.

  1. Dalam kesakitan

Kucing mengerang kesakitan dan ia mula menjilat-jilat duburnya. Ini merupakan suatu perbuatan yang menunjukkan ia bersedia melahirkan.

  1. Keluar air/darah dari kemaluannya

Tanda ini menunjukkan anak kucing bakal keluar tidak lama lagi. Anda tidak perlu menolong apa-apa keras ia akan meneran dengan sendirinya.

  1. Kucing menjilat kemaluannya

Kucing akan menjilat kemaluannya sebelum dan selepas anaknya lahir. Ia akan makan darah dan selaput anak yang baru lahir. Hal ini bukan sesuatu yang asing kerana darah dan uri yang dimakan dipercayai boleh memulihkan tenaga si kucing.

Selesai sahaja si kucing melahirkan, anda dilarang terus memegang anaknya. Ini kerana si kucing masih berada dalam keadaan stres dan penat. Jika ia terhidu bau lain di badan anaknya, ia akan menganggap itu makanan dan memakan anaknya. 

Oleh itu, elakkan menyentuh anak kucing yang baru lahir walau apa pun sebabnya. Berikan juga masa yang cukup untuk ibu kucing kenall anak-anaknya dan memberikan mereka susu. Dalam beberapa hari awal, campur tangan anda perlu diminimumkan untuk mengelak kejadian kucing makan anak.

Soalan Lazim

Kucing bunting berapa bulan?

Kucing bunting selama lebih kurang 2 bulan. 

Berapakah tempoh kucing melahirkan?

Kucing mengambil masa lebih kurang 36 jam untuk selesai melahirkan anak-anaknya. Setiap anak memakan masa selang 5 hingga 30 minit. Pada tahap terakhir, ibu kucing akan memakan uri yang boleh mengambil masa 4-6 jam. Anda tidak perlu berada bersamanya setiap masa, cukup hanya sekadar melihat-lihat dan menyediakan air atau makanan yang cukup.

Bolehkah memandikan kucing hamil?

Kucing hamil boleh dimandikan, dengan syarat ia tidak melawan. Jika ia melawan, anda digalakkan menggunakan mandian semburan segera sahaja. Memandikannya mampu memberikan ketenangan dan memastikan kebersihan bulunya.

Penutup

Kesimpulannya, penjagaan kucing semasa bunting dan  selepas melahirkan amat penting. Ia ibarat ahli keluarga yang memerlukan perhatian, oleh itu, jagalah kebajikannya.

Jika anda mahukan perlindungan lebih untuk kucing anda selain penjagaan rapi, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 

Semak kelayakan di sini