Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Kucing demam: Apa yang perlu buat jika kucing demam

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Si comel yang selama ini ceria, nampak lemah dan tak bermaya. Makanan yang diberi tidak disentuh, dan tidak aktif seperti biasa.

Pastinya, ia  sangat membimbangkan anda sebagai pemilik kucing. Risaunya! Tahukah anda, kucing juga boleh mengalami demam. Dalam artikel kali ini, Oyen akan kongsikan kepada anda tanda kucing demam serta apa yang anda perlu tahu.

Bagaimana saya boleh tahu kucing saya demam?

Tidak sama seperti manusia, pastinya lebih mudah untuk anda tahu sekiranya mereka demam. Rasa sahaja di dahi, pastinya sudah tahu suhu badan panas atau tidak.

Bagi kucing pula, suhu yang normal bagi kucing biasanya antara 38 darjah celcius hingga 39.1 darjah celcius. Kucing anda akan mengalami demam sekiranya suhu mereka lebih tinggi daripada 39.1 darjah celcius.

Sebenarnya, demam merupakan tindak balas badan kucing  untuk melawan penyakit, namun sekiranya ia melebihi suhu 41.1, ia boleh menyebabkan kerosakan dan boleh membawa maut. Segera berjumpa dengan veterinar sekiranya keadaan ini berlaku.

Cara ambil suhu badan kucing

Bagi mengambil suhu badan kucing, terdapat beberapa dua cara yang boleh dilakukan:

Termometer telinga

Anda boleh menggunakan termometer telinga untuk mendapatkan bacaan suhu badan kucing anda. Halakan termometer ke arah telinga dan pastikan kucing tidak bergerak.

Termometer rektal

Bagi termometer rektal, ia merupakan cara yang mungkin agak tidak selesa bagi kucing anda. Oleh itu, anda  mungkin memerlukan bantuan daripada ahli keluarga atau pasangan bagi menggunakan termometer ini.

  1. Sediakan petroleum jelly atau vaseline. Sapu pelincir ini pada hujung permukaan termometer
  2. Minta bantuan pasangan atau rakan untuk memegang kucing anda. Masukkan secara perlahan-lahan sejauh 1 inci
  3. Setelah selesai, basuh termometer dan tangan anda bagi mengelakkan sebarang jangkitan bakteria

Sekiranya kucing anda meronta-ronta dan tak dapat dikawal, jangan sesekali meneruskan untuk mengambil suhu badan. Situasi ini mungkin boleh menyebabkan kecederaan kepada kucing anda.

Tanda kucing demam

Selain itu, kucing yang demam juga akan menunjukkan beberapa simptom yang boleh diperhatikan pada kucing demam iaitu;

Salah satu tanda awal yang boleh diperhatikan kepada kucing demam ialah mereka akan kurang makan atau langsung hilang selera makan. Jika dibiarkan buat jangka masa yang lama, kucing akan kehilangan nutrisi yang diperlukan oleh badan

  • Kucing menjadi kurang aktif dan murung

Seperti manusia, kucing yang demam juga akan menjadi kurang aktif dan murung. Malah, sekiranya keadaan ini berlarutan, ia juga boleh menjadi petanda penyakit kucing yang lain.

  • Kucing anda kurang minum atau tidak minum langsung

Seterusnya, kucing anda juga akan kurang minum atau langsung tidak minum seperti biasa. Namun, situasi ini boleh mendatangkan bahaya kerana kucing akan berpotensi mengalami dehidrasi dan boleh membawa maut.

  • Kucing anda bersembunyi

Percaya atau tidak, sekiranya kucing anda bersembunyi, mungkin sebenarnya mereka tidak sihat atau mengalami demam. Kucing akan bersembunyi sekiranya kucing berada dalam keadaan stres atau tidak sihat untuk menyembunyikan masalah kesihatannya.

Perkara ini sebenarnya merupakan reaksi semulajadi haiwan apabila sakit, untuk menyembunyikan diri daripada pemangsa di habitat semulajadinya.

  • Kucing tidak membersihkan bulu

Jika kucing anda sebelum ini tidak ada masalah untuk menjilat bulu atau membersihkan badan, namun tiba-tiba nampak tidak terurus, ini merupakan salah satu tanda yang perlu diperhatikan.

Kucing anda mungkin demam atau tidak sihat dan mereka sudah tidak ada tenaga untuk menguruskan dirinya

  • Menggigil dan sesak nafas

Selain itu, sekiranya kucing anda menggigil dan sesak nafas, ia juga merupakan salah satu tanda kucing demam.

Punca kucing demam

Pastinya anda tertanya-tanya, apakah punca sebenar punca kucing boleh mengalami demam. Berikut merupakan beberapa punca kucing anda boleh mengalami demam iaitu:

  • Jangkitan fungus dan bakteria
  • Penyakit bahaya 
  • Parasit
  • Cedera akibat kemalangan
  • Tumor atau ketumbuhan

Rawatan kucing demam

Berikut merupakan beberapa rawatan yang akan dilakukan sekiranya kucing anda disyaki mengalami demam:

1. IV drip atau intravenous drip

Salah satu pilihan utama rawatan ialah memberikan kucing IV drip bagi membantu kucing yang mengalami dehidrasi atau kurang selera makan. Rawatan ini biasanya akan membantu memulihkan tenaga dan juga menurunkan suhu badan kucing.

2. Ubat demam kucing

Seterusnya, doktor veterinar juga biasanya akan memberikan kucing anda ubat demam bagi mengurangkan suhu badan. Jangan sesekali cuba memberikan sebarang ubat demam kucing secara sembarangan yang dibeli secara online.

Selain itu, doktor juga boleh memberikan kucing uba jenist corticosteroids. Ubat ini akan mengurangkan inflamasi dan juga demam pada kucing.

3. Antibiotik

Sama seperti manusia, kucing anda juga mungkin memerlukan antibiotik sekiranya doktor veterinar mengesan kucing anda demam akibat jangkitan bakteria.

4. Ujian makmal darah atau pemeriksaan X-Ray

Sekiranya perlu, doktor veterinar mungkin akan menjalankan ujiah darah bagi mengesan sebarang jangkitan atau pemeriksaan X-Ray sekiranya diperlukan.

Kos rawatan kucing demam

Biasanya, kos rawatan kucing demam di klinik veterinar swasta dalam lingkungan harga RM 35 hingga RM 50 bagi demam. Walaupun begitu, kos ini boleh bertambah sekiranya ada pemeriksaan tambahan dan ubat-ubatan lain yang perlu diberikan.

Sebagai contoh, sekiranya ujian makmal darah dan pemeriksaan X-Ray perlu dilakukan bagi mendiagnosis punca kucing demam, bil rawatan anda mungkin boleh mencecah ratusan ringgit.

Cara menjaga kucing demam

Setelah mendapatkan rawatan, biasanya kucing anda akan pulih semula dalam masa 2-3 hari. Pastikan kucing anda mendapat air minuman yang secukupnya.

Sementara itu, jangan lupa untuk perhatikan keadaan kucing anda dari masa ke semasa. Sekiranya ia berlarutan atau semakin teruk, segera hubungi dan berkunjung ke veterinar yang berdekatan.

Cara tradisional merawat kucing demam

Sebenarnya, terdapat beberapa cara tradisional yang dikatakan boleh merawat kucing yang demam iaitu:

Air kelapa

Air kelapa dikatakan dapat menurunkan suhu dan dan membantu kucing daripada mengalami dehidrasi. 

Gula

Selain itu, gula juga digunakan sebagai salah satu makanan untuk memberikan tenaga kepada kucing yang hilang sewaktu diserang demam.

Rumput pendul atau rumput helikopter

Rumput helikopter ini merupakan salah satu petua tradisional yang terkenal untuk merawat kucing demam. Caranya, beri kucing anda air rebusan rumput ini untuk diminum atau menggunakan syringe atau picagari.

Penafian: Tips dan petua tradisional yang dikongsikan hanya sebagai perkongsian dan tidak mempunyai sebarang kajian saintifik yang dilakukan. Pihak Oyen tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sekiranya mengamalkan petua ini.

Penutup

Sekiranya masalah bil rawatan veterinar merisaukan anda, jangan bimbang! Dengan serendah RM32 sebulan,  anda boleh membuat tuntutan balik 90% bil rawatan anda!

Sekiranya anda ingin bersedia menghadapi perkara yang tidak dijangka  kepada kucing anda di masa akan datang, insurans akan memberikan perlindungan lebih untuk kucing anda, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 

Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini.