Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

11 Penyakit Kucing Yang Membawa Maut di Malaysia

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Tanya sahaja mana-mana pemilik kucing, memelihara si comel ini pastinya memberikan ketenangan dan kebahagiaan. Dengan tingkah laku dan pelbagai gelagat comel kucing ini, pastinya cukup menghiburkan.

Namun, sama seperti manusia, kucing juga boleh terdedah kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. Malah, dalam keadaan yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat atau dicegah daripada awal lagi. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda 11 penyakit kucing yang membawa maut di Malaysia. Jom kita bermula!

1. Asma atau lelah

Asma atau lelah bukan sahaja boleh berlaku kepada manusia, malah ia boleh berlaku kepada kucing anda sendiri. Asma merupakan penyakit yang paru-paru dan boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

Simptom

Sama seperti manusia, kucing juga akan menunjukkan simptom-simptom yang lebih kurang sama dengan manusia apabila ia diserang lelah seperti berikut:

  • Kesukaran bernafas
  • Bernafas laju
  • Batuk teruk
  • Muntah-muntah 
  • Kurang selera makan
  • Nafas berbunyi (wheezing)

Kadang-kadang, batuk yang disebabkan oleh asma ini sering disalah sangka oleh pemilik sebagai tanda-tanda kucing anda ingin memuntahkan bulu mereka. Jika ini berlaku secara kerap dan berlarutan, perhatikan simptom-simptom asma yang lain atau sekiranya masih tidak pasti, dapatkan sahaja pemeriksaan veterinar.

Punca 

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kucing boleh mengalami asma iaitu:

  • Obesiti
  • Masalah alergik
  • Keadaan persekitaran rumah yang berdebu dan berhabuk
  • Kucing dalam keadaan stres dan tertekan

Rawatan

Walaupun penyakit asma tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, ia masih boleh dikurangkan kesannya dan dikawal. Biasanya, veterinar akan memberi ubat-ubatan untuk mengurangkan inflamasi pada paru-paru. Jika perlu, kucing anda mungkin akan memerlukan inhaler dan juga nebulizer.

Langkah pencegahan

Selain itu, serangan asma juga boleh dikurangkan dengan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi kucing anda seperti:

  • Mengurangkan berat badan kucing dengan mengawal pemakanan
  • Membersihkan ruang di dalam rumah daripada habuk
  • Menghindari faktor alahan yang ada pada kucing anda

2.Feline Leukemia Virus (FelV)

Feline Leukimia Virus (FeLV) merupakan sejenis retrovirus yang menyerang kucing. Ia merupakan sejenis penyakit yang boleh berjangkit dari kucing ke kucing. Apa yang menakutkan, ia boleh membawa maut sekiranya sistem imun badan ini lemah dan tidak dirawat. Apabila kucing dijangkiti retrovirus ini, ia akan menyerang sel darah putih dan menyebabkan bilangan sel darah putih ini menjadi terlalu tinggi atau rendah.

Simptom penyakit

Berikut merupakan beberapa simptom penyakit ini terhadap kucing anda:

  • Hilang selera makan
  • Kelenjar limfa yang membengkak
  • Keadaan bulu yang tidak sihat dan semakin menipis
  • Demam berpanjangan
  • Ulser pada gusi dan mulut, gusi juga menjadi semakin pucat
  • Sentiasa lemah dan tidak bermaya

Rawatan

Setakat ini, tiada lagi rawatan khusus yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walaupun begitu, rawatan terhadap simptom seperti steroid,transfusi darah masih boleh diberikan bagi memberi kualiti hidup yang lebih baik

3. Toxoplasmosis

Seterusnya, penyakit Toxoplasmosis merupakan jangkitan parasit untuk kucing. Ia dikenali sebagai parasit kucing atau Toxoplasma gondii  kerana ia menggunakan usus yang membiak.

Malah lebih membahayakan, manusia juga boleh berjangkit kepada manusia melalui najis kucing yang dijangkiti. Malah, ibu mengandung yang dijangkiti parasit ini boleh menyebarkannya kepada anak yang dikandung yang boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada anak.

Simptom

Biasanya, kucing yang dijangkiti parasit ini tidak akan menunjukkan sebarang simptom sehinggalah ia berada di dalam keadaan yang teruk. Antara tanda-tanda dan simptom yang akan ditunjukkan oleh kucing ialah:

  • Cirit-birit
  • Sawan
  • Kesukaran menelan makanan
  • Melagakan bahagian kepala depan ke atas permukaan
  • Kerap letih
  • Demam

Punca

Biasanya, parasit ini menjangkiti kucing apabila mereka makan daging yang dijangkiti parasit ini yang tidak dimasak atau haiwan liar. Seterusnya, parasit ini kemudiannya hidup di dalam najis kucing yang telah dijangkiti ini yang boleh menjangkiti kucing atau haiwan lain yang menyentuhnya.

Langkah pencegahan

Sebenarnya, penyakit Toxoplasmosis ini boleh menjangkiti manusia tetapi tidak akan menunjukkan kesan yang serius. Namun, ia berisiko bagi mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah. Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan bagi mengawal dan mengelakkan jangkitan parasit ini menjangkiti anda seperti berikut:

  • Memakai sarung tanah sekiranya mengendalikan tanah di kebun. Najis kucing yang mengandungi parasit ini boleh masuk ke bawah kuku dan masuk ke dalam badan jika tangan tidak dibersihkan dengan baik
  • Pastikan sebarang masakan daging dimasak dengan sempurna
  • Membersihkan litter box kucing setiap hari bagi memastikan najis yang mengandungi parasit ini tidak menjangkiti haiwan peliharaan yang lain. Najis yang mengandungi parasit ini tidak aktif dan berbahaya dalam masa 24 jami selepas dikeluarkan. Dengan membersihkan litter box ini setiap hari, ia akan mengurangkan risiko jangkitan.
  • Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan bersih sebelum memasak
  • Elakkan memberi makanan yang mentah dan tidak dimasak kepada kucing anda

4. Penyakit kegagalan buah pinggang (renal disease)

Jika manusia memerlukan buah pinggang untuk membuang toksin di dalam badan, ia juga memberi fungsi yang sama kepada kucing. Tanpa buah pinggang yang sihat, kesihatan kucing anda juga boleh terjejas.

Punca

Walaupun kebiasaannya, penyakit buah pinggang ini disebabkan faktor umur kucing yang semakin tua, ia juga boleh terjadi kepada kucing yang dilahirkan dengan masalah buah pinggang sejak kecil atau kongenital.

Malah, terdapat jenis racun atau ubat manusia yang boleh menjadi racun dan seterusnya merosakkan buah pinggang. Contohnya, ubat tahan sakit ibuprofen yang tidak berbahaya kepada manusia, boleh menjadi toksik kepada kucing dan seterusnya merosakkan buah pinggang si comel ini.

Seterusnya, jangkitan pada buah pinggang juga boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi. Malah, jangan terkejut sekiranya jika kucing anda mengalami dehidrasi yang teruk disebabkan cuaca yang terlampau panas atau cirit-birit yang teruk, ia boleh memberikan kesan kepada buah pinggang.

Simptom

Berikut merupakan simptom yang perlu diperhatikan pada kucing yang mengalami masalah ini iaitu:

  • Kucing anda kerap kencing kerana buah pinggang sudah tidak mampu memproses air yang diminum. Ia juga mungkin menunjukkan kelakukan yang pelik seperti kencing di luar litter box
  • Air kencing kucing yang berdarah
  • Lidah yang berwarna coklat
  • Kerap minum air daripada biasa
  • Lemah badan
  • Ulser pada mulut di bahagian gusi dan lidah

Rawatan

Jika ia dikesan di peringkat awal, rawatan segera mungkin boleh mengawal ia daripada rosak teruk. Pada peringkat akhir atau teruk lebih sukar untuk dirawat. Kucing anda mungkin  akan perlu diambil darah untuk pemeriksaan atau menjalani pemeriksaan X-Ray dan ultrasound untuk melihat keadaan buah pinggang.

Veterinar mungkin akan memberikan arahan bagi diet atau pemakanan yang tertentu. Pada tahap lebih teruk, pembedahan mungkin akan dilakukan sekiranya terdapat saluran yang tersumbat. Setiap pilihan ini perlu mendapatkan nasihat profesional daripada veterinar bagi menentukan pilihan yang terbaik untuk kucing anda.

5. Diabetes

Kucing mungkin nampak comel dan gebu apabila gemuk, tapi awas ia juga boleh mengundang penyakit. Diabetes atau kencing manis juga lebih cenderung berlaku kepada kucing yang obes.

Punca

Sama seperti manusia, keadaan ini akan berlaku sekiranya insulin  gagal untuk memproses kandungan gula di dalam badan. Jika tidak dirawat dari awal, ia boleh menyebabkan keletihan, lemah dan seterusnya kematian.

Simptom

Berikut merupakan simptom penyakit Diabetes yang boleh diperhatikan pada kucing anda iaitu:

  • Cepat dahaga dan kerap kencing
  • Selera makan yang besar dan kerap lapar
  • Dehidrasi
  • Turun berat badan secara mendadak

Rawatan

Pihak veterinar mungkin akan melakukan ujian darah dan air kencing. Kucing anda juga mungkin perlu menjalani diet atau menjalani terapi insulin kerana kebiasannya ubat yang diberi secara oral mendatangkan lebih kesan sampingan.

Sebelum melakukan terapi insulin ini, pihak veterinar akan menjalani beberapa pemeriksaan sebelum membenarkan pemilik untuk melakukan suntikan kepada kucing mereka.

6.Rabies

Di Malaysia, Rabies dikenali sebagai penyakit anjing gila.  Walaupun begitu, penyakit Rabies ini boleh menjangkiti semua mamalia, temasuklah kucing anda. Apa yang menakutkan, ia juga boleh menjangkiti haiwan lain serta manusia dan boleh membawa maut!

Walaubagaimanapun, ia semakin jarang berlaku sekiranya kucing anda mendapatkan vaksin yang secukupnya.

Punca

Rabies sebenarnya berpunca daripada virus yang menyerang sistem saraf mamalia. Ia biasanya akan tersebar melalui gigitan dan boleh tersebar hingga menjangkiti otak. Apabila ia telah sampai ke otak, ia akan menunjukkan simptom dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 7 hari sahaja!

Simptom

Jom kita lihat beberapa simptom bagi penyakit ini:

  • Kesan gigitan akibat diserang haiwan liar
  • Perubahan sikap yang mendadak. Kucing anda yang biasanya tenang mungkin bertindak agresif dan menyerang anda
  • Air liur yang meleleh keluar. Virus Rabies ini boleh menyerang bahagian otot sehingga kucing tidak dapat menelan dan berbuih.
  • Hilang kawalan pada otot. Biasanya, keadaan ini sudah di peringkat yang teruk yang boleh menyebabkan lumpuh dan koma

Rawatan

Apabila kucing anda sudah dijangkiti virus ini, ia sebenarnya sudah sukar untuk disembuhkan. Namun, dengan mengambil vaksin bagi mencegah Virus Rabies ini mampu memberikan sistem imun yang lebih kuat kepada kucing anda.

7.Kanser (Cancer)

Walau jarang didengari, kucing juga boleh diserang kanser. Malah, terdapat beberapa kanser yang boleh menyerang kucing seperti tumor otak, paru-paru dan juga kanser pada tisu (fibrosarcoma)

Simptom

Terdapat beberapa simptom yang boleh diperhatikan bagi penyakit kanser pada kucing ini iaitu:

  • Ketulan dan bengkak yang luar biasa
  • Kesukaran bernafas
  • Muntah dan ciri-birit sekiranya melibatkan sistem penghadaman

Rawatan

Bagi mengesan kanser, pihak veterinar mungkin akan menjalani prosedur biopsi bagi menentukan sama ada ketulan atau sel itu adalah kanser. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan bagi membuang tumor tersebut dan mengelakkan ia merebak ke tempat lain.

Jika tumor tidak boleh dibuang melalui pembedahan, kucing anda mungkin perlu melakukan kemoterapi atau radiation therapy bergantung kepada lokasi tumor berada dan keadaan kucing anda.

8.Cat Bladder Stone (Batu Karang pada pundi kencing )

Seterusnya, batu karang juga boleh berlaku kepada kucing anda hasil pengumpulan bahan mineral, kristal dan bahan organik yang tidak normal. Ia juga boleh bermula daripada saiz kecil, dan membesar hingga boleh menyekat saluran pundi kencing.

Simptom:

  • Kesukaran untuk kencing
  • Kerap kencing
  • Sakit ketika kencing
  • Darah di dalam air kencing

Rawatan

Rawatan terhadap penyakit ini bergantung kepada jenis batu karang dan juga saiz. Berikt merupakan beberapa rawatan yang akan dilakukan:

  • Diet khas bagi mengelakkan pembentukan batu yang lain
  • Prosedur bladder flushing
  • Lithotripsy, memecahkan batu dengan menggunakan gelombang daripada mesin khas
  • Pembedahan jika batu ini telah menyebabkan saluran kencing tersumbat

9.Feline Herpes Virus (FHV)

Jangan bimbang, ia bukannya penyakit yang disebabkan mereka mengawan! Feline Herpes Virus (FHV) sebenarnya merupakan jangkitan virus yang menyerang mata, saluran pernafasan dan saluran penghadaman kucing.

Kucing yang terdedah kepada virus ini boleh menunjukkan simptom hanya dalam masa 2-5 hari. Lebih membimbangkan, ia sangat mudah untuk berjangkit kepada kucing lain.

Simptom

Beberapa simptom yang boleh diperhatikan bagi kucing yang telah dijangkiti ialah:

  • Bersin secara kerap
  • Mata berair
  • Demam
  • Hilang berat badan
  • Sakit mata

Rawatan

Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkan sepenuhnya, namun simptom yang ditunjukkan boleh dirawat sebelum menjadi lebih teruk. Pihak veterinar juga boleh memberikan antibiotik bagi membantu kucing anda melawan penyakit ini. Disebabkan ia biasa berlaku kepada kucing yang tidak divaksin dengan vaksin Feline Herpes Virus (FHV) ini, langkah pencegahan dengan mengambil vaksin ini sewaktu kucing masih kecil akan membantu si comel anda lebih kuat dan sihat.

10. Leptospirosis

Jika Leptosiprosis atau di Malaysia lebih dikenali dengan nama penyakit kencing tikus, kucing juga boleh dijangkiti bakteria ini. Sebenarnya, Leptospirosis berpunca daripada sejenis bakteria spirochete, iaitu spesies leptospira interrogans yang boleh berjangkit melalui air kencing. Jika kucing anda bermain atau minum di kawasan air yang mempunyai bakteria ini, atau mungkin dijangkiti daripada tikus yang sudah menjadi rumah bakteria ini, ia boleh menjadi lebih teruk.

Ia akan merebak ke seluruh badan dan menyerang organ penting seperti buah pinggang, hati dan juga sistem saraf. Kucing boleh menjadi perumah kepada bakteria ini sekiranya dijangkiti dan juga boleh menyebarkannya kepada manusia menerusi air kencing.

Simptom

Sama seperti manusia, kucing yang dijangkiti bakteria ini juga akan menunjukkan beberapa simptom seperti berikut:

  • Demam secara mendadak
  • Menggigil
  • Muntah, mungkin bersama darah
  • Hidung berair
  • Kejang pada otot dan kaki

Rawatan

Kebiasaannya, pada tahap yang sudah teruk, kucing anda mungkin perlu dimasukkan ke dalam wad bagi rawatan. Jika kucing anda mengalami dehidrasi yang teruk, cecair akan dimasukkan ke dalam badan dan sekiranya mengalami kehilangan darah yang banyak, pemindahan darah mungkin dilakukan.

Rawatan antibiotik juga akan diberikan sekurang-kurangnya 4 minggu bergantung kepada tahap jangkitan. Sebaiknya, dapatkan vaksin Leptospirosis ini di veterinar berdekatan untuk memastikan kucing anda sudah mempunyai sistem pertahanan yang lebih kuat.

11.Feline Calicvirus (FCV)

Feline calicivirus (FCV) merupakan virus yang akan menyerang saluran pernafasan atas kucing. Ia merupakan sejenis virus yang kerap menyerang kucing. Virus ini akan mempengaruhi selera makanan kucing kerana menyerang di bahagian mulut dan gusi.

Sekiranya dibiarkan tidak dirawat, kucing yang enggan makan dan minum dan mengalami dehidrasi teruk sehingga membawa kematian

Simptom

Berikut merupakan beberapa simptom yang mungkin akan berlaku pada kucing anda:

  • Inflamasi pada gusi
  • Ulser mulut
  • Keluar cecair daripada hidung
  • Hilang selera makan

Rawatan

Rawatan akan diberikan berdasarkan simptom yang ditunjukkan oleh kucing. Jika kucing anda memerlukan nutrisi tambahan atau merawat dehidrasi dengan memasukkan cecair ke dalam badan melalui saluran darah.

Walaupun tidak dapat mencegah sepenuhnya virus ini, vaksin Feline Calicvirus (FCV) akan membantu untuk mengurangkan sebarang komplikasi jangkitan yang lebih teruk

Sebenarnya, kebanyakan daripada jenis penyakit kucing yang dikongsikan ini mampu dicegah daripada awal sekiranya kucing anda mengambil vaksin yang lengkap sejak kecil. 

Sama seperti manusia, kucing anda juga memerlukan perlindungan sejak mereka sihat lagi. Kami tahu, setiap kali berkunjung ke veterinar, pastinya kos rawatan yang tinggi membuatkan anda bimbang. Bimbang dengan keadaan kucing kesayangan, ditambah lagi dengan kebimbangan tentang kos rawatan yang perlu dibayar!

Tahukah anda, Oyen juga menawarkan insurans bagi kucing supaya anda boleh mendapatkan rawatan bagi kucing anda tanpa memerlukan anda bimbang lagi untuk mengeluarkan sejumlah kos rawatan yang besar. Anda boleh menuntut perbelanjaan kos veterinar ini sehingga 90% daripada kos perbelanjaan!

Bukan itu sahaja, Oyen juga menawarkan pelan kesihatan yang boleh membantu membuat pencegahan awal penyakit kucing ini dengan rawatan vaksin,cacing serta pemeriksaan rutin. Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat. Sekiranya penyakit kucing ini sudah berada dalam keadaan teruk, ia mungkin akan memakan kos perbelanjaan yang lebih besar. Ketahui lebih lanjut mengenai pelan kesihatan kucing ini di sini.