Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Perkongsian dari Oyen: Pengalaman Kucing Parvo/Sporo

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Sebut sahaja virus sporo, pastinya ia menggerunkan mana-mana pemilik kucing. Bukan sahaja mudah berjangkit, penyakit ini juga ditakuti kerana boleh membawa maut.

Kali ini, kami bawakan perkongsian Saiful, tentang pengalaman menjaga kucing sakit sporo. Lebih menyayat hati, bukan seekor kucing kesayangan terkorban, tetapi  daripada 12 ekor kucing kesayangan, semuanya terkorban kerana virus sporo.

Bimo, si kesayangan hati

"Bimo merupakan kucing kesayangan pertama saya yang dijangkiti sporo. Pada mulanya, saya hanya perasan kesan-kesan luka pada muka dan hidung Bimo.

Pada mulanya, saya ingat itu luka biasa. Maklumlah, di rumah ini ada 12 ekor kucing yang saya bela dan tinggal bersama.

Sesekali, ada sedikit pergaduhan antara mereka, dan sebab itu saya ingatkan ia hanya kesan luka biasa akibat pergaduhan.

Luka dan kudis yang lambat baik

“Mula-mula  luka itu macam kudis biasa, macam kena kurap. Lama-kelamaan, saya  perasan kudis itu lambat baik.

Bila saya perasaan keadaan kudis Bimo semakin teruk, saya bawa ke veterinar. Di klinik veterinar, doktor bagi dua pilihan saja.

Sebagai pemilik kucing, saya diberi pilihan untuk membuat rawatan buat jangka masa yang panjang dan dengan kos yang tinggi atau cadang untuk dimatikan.

Saya membuat keputusan untuk memberikan rawatan yang terbaik kepada Bimo. Walaupun ia mungkin memerlukan kos yang tinggi, saya sanggup meneruskannya untuk memastikan Bimo sihat kembali,” kata Saiful.

Sporo sebenarnya boleh dikesan lebih awal

“Bila difikirkan balik, sebenarnya penyakit Sporo ni sebenarnya boleh dikesan lebih awal  tapi pemilik kena peka dengan keadaan kucing terutamanya kesan luka yang lambat baik.

Bukan saja masalah luka lambat baik yang perlu dititikberatkan, antara simptom lain yang saya nampak ialah kucing saya juga hilang selera makan,”tambah Saiful lagi.

Fakta bersama Oyen:

Kucing yang mempunyai sporo sangat mudah untuk menjangkiti kucing yang lain.

Ini disebabkan sifat semulajadi kucing yang suka bergurau dan berkeliaran. Kucing-kucing ini biasanya suka bermain atau bergaduh dengan kucing yang lain.

Rawatan untuk Bimo bermula 

“Apabila Bimo disahkan sahaja mempunyai penyakit Sporo, doktor veterinar memberikan nasihat tentang perkara yang perlu dilakukan.

Pada mulanya, saya asingkan  11 ekor kucing saya dengan kucing yang lain. Sampai saya sanggup asingkan kucing saya yang lain dan beri kepada abang saya yang berada jauh dengan saya.

Bimo juga saya pakaikan kolar di leher bagi mengurangkan risiko menjilat luka dan juga ubat-ubatan yang disapu.  Pada mulanya, Bimo nampak kurang selesa sewaktu memakai kolar, namun lama-kelamaan akhirnya Bimo boleh menyesuaikan diri.

Saya dinasihatkan untuk berhati-hati oleh doktor kerana ia boleh menjangkiti manusia. Masa tu, memang saya pakai sarung tangan untuk beri makanan dan juga ubat kepada Bimo.

Bimo juga saya  asingkan supaya berada di dalam rumah sahaja, dan langsung tidak dibenarkan keluar supaya tidak menjangkiti kucing yang lain,” ujar Saiful.

Bimo hilang selera makan

“Dari hari ke hari, saya perasan Bimo juga semakin hilang selera makan. Berat badannya juga semakin susut.

Bagi membantu mengembalikan selera makan Bimo, saya menukar makanan Bimo ke wet food,” sambung Saiful.

Luka dan kudis Bimo semakin teruk 

“Namun, makin menyedihkan kesan kudis yang lambat baik itu berulat dan juga berulang. Mungkin kerana saya 

Luka di kawasan muka Bimo, menjadi berulat dan berair dan badannya juga semakin lemah. Akhirnya, Bimo pergi dan tidak dapat diselamatkan”.

Semua kucing yang lain turut terkorban

“ Lebih menyedihkan hati saya, bukan hanya Bimo yang terkorban, tetapi 11 ekor yang lain turut terkorban selepas itu walaupun saya dah cuba asingkan mereka. Saya ingat bila saya asingkan di tempat yang jauh, 11 ekor yang lain masih sempat diselamatkan, tetapi mungkin semuanya sudah terlambat.

Pada mulanya saya hampir menyalahkan diri sendiri sebab semuanya terkorban sekelip mata dalam masa yang cepat. Namun, bila saya fikirkan saya dah beri yang terbaik, saya redha.

Mungkin kisah saya kongsikan ni boleh jadi pengajaran kepada pemilik kucing yang lain supaya tidak mengulangi kesilapan saya, dan bertindak lebih cepat sekiranya kucing dah mempunyai simptom seperti sporo ni,” sambung Saiful.

Kos rawatan Bimo yang mencecah ribuan ringgit

Sebelum mengakhiri perbualan kami, Saiful sempat berkongsi tentang kos rawatan yang yang dibelanjakan. “Jika dikira-kira, kos rawatan Bimo sudah mencecah ribuan ringgit. Namun, saya tidak kecewa walaupun Bimo tidak dapat diselamatkan kerana saya sudah berusaha memberikan yang terbaik untuk Bimo.

Sampai sekarang, saya masih takut lagi untuk bela kucing kesayangan yang baru. tapi saya bertekad kalau bela kucing yang baru, saya akan utamakan kesihatan dan lebih bersedia dengan dapatkan perlindungan kesihatan”.

Kenali penyakit sporo

Sporotrichosis atau penyakit sporo merupakan penyakit berjangkit yang boleh menjangkiti kucing dan manusia terutamanya kawasan luka yang terbuka.

Simptom sporo kucing

Sebenarnya, simptom sporo kucing bergantung kepada jenis sporo yang dijangkiti. Antara simptom yang boleh diperhatikan pada kucing anda ialah:

  • Luka dan kudis yang lambat baik
  • Hilang berat badan
  • Kucing demam dan juga lesu 
  • Mata kucing merah dan berair

Langkah pencegahan penyakit sporo kucing

Setelah tahu serba sedikit tentang penyakit sporo kucing ini, apa kata anda lakukan pencegahan lebih awal. Berikut merupakan beberapa langkah yang anda boleh lakukan:

1. Potong kuku kucing untuk mengurangkan risiko kucing luka dicakar

Disebabkan virus sporo ini mudah tersebar disebabkan luka dan cakaran, pastikan kuku kucing sentiasa pendek dan dipotong terutamanya jika anda membela banyak kucing.

2. Mandikan kucing anda secara berkala terutama sekiranya kucing yang aktif di luar rumah

Sebenarnya, sporo berasal daripada fungus yang berada di luar rumah, terutamanya di dalam tanah. Oleh itu, sekiranya kucing anda aktif di luar rumah, jangan lupa untuk mandikan kucing secara berkala.

3. Bersihkan pasir kucing yang terdedah kepada najis

Walaupun nampak remeh, pasir kucing yang sudah digunakan mempunyai risiko jangkitan yang tinggi. Jangan lupa untuk membersihkan pasir kucing ini dengan kerap apabila sudah digunakan.

Tips Oyen

Bagaimana sekiranya kucing anda sudah terdedah kepada penyakit sporo ini? Jangan bimbang, Oyen kongsikan tips yang anda boleh praktikkan sewaktu mengendalikan kucing yang dijangkiti sporo ini.

Sentiasa pakai perlindungan diri seperti sarung tangan

Walaupun nampak remeh, pemakaian sarung tangan sangat penting sewaktu mengendalikan kucing anda yang dijangkiti Sporo.

Ia bukan bermaksud anda geli atau jijik sewaktu mengendalikan kudis dan luka mereka, tetapi untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan ini.

Jauhkan kucing yang mempunyai sporo kerana  ia boleh berjangkit dengan manusia terutamanya kanak-kanak

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan bayi, jangan sesekali membenarkan mereka bermain dengan kucing yang dijangkiti sporo ini.

Kanak-kanak dan bayi mempunyai imun badan yang rendah dan mudah untuk mendapat komplikasi jangkitan yang lebih teruk berbanding orang dewasa.

Cuci sangkar dan bekas makanan

Bagi mengurangkan risiko jangkitan, pastikan sangkar dan bekas makanan dicuci dan dibersihkan setiap hari.

Sekiranya anda mengendalikan bilangan kucing yang banyak, beri makan kucing yang sihat dahulu.

Sekiranya salah seekor kucing dijangkiti, segera asingkan dengan kucing yang lain

Jangan berlengah lengah untuk mengasingkan kucing anda yang disyaki serta mempunyai simptom penyakit sporo.

Pastikan kucing anda diasingkan dan dikuarantin dengan cara yang betul sekiranya anda tidak mahu ia merebak dan menjangkiti kucing yang lain.

Sekiranya anda ingin bersedia menghadapi perkara yang tidak dijangka  kepada kucing anda di masa akan datang, insurans akan memberikan perlindungan lebih untuk kucing anda, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 

Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini.