Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Semua yang Anda Perlu Tahu Mengenai Oyen Pet Insurance: Perlindungan, Panel Klinik Veterinar, Pelan Harga, Pengecualian

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Tahukah anda, Oyen merupakan  platform insurans digital pertama untuk kucing dan anjing peliharaan yang menawarkan perlindungan perubatan veterinar tertinggi di Malaysia sehingga RM8,000.  Apa yang menarik, jumlah perlindungan yang ditawarkan sebanyak RM8,000 ini boleh digunakan untuk tuntutan pembedahan, ubat-ubatan, rawatan susulan dan banyak lagi! 

Adakah saya benar-benar memerlukan insurans haiwan peliharaan?

Secara puratanya, kebanyakan pemilik haiwan peliharaan di Malaysia membelanjakan kira-kira RM750 setahun untuk perbelanjaan perubatan biasa haiwan kesayangan mereka, tidak termasuk kecemasan atau penyakit yang lebih serius. Sekiranya haiwan kesayangan anda tiba-tiba disahkan menghidap sebarang penyakit yang tidak dijangka, mengumpulkan wang ribuan ringgit bagi bil veterinar, bukannya suatu perkara mudah.

Bukan itu sahaja, haiwan kesayangan anda juga mungkin boleh jatuh sakit dan kemalangan mungkin berlaku pada waktu-waktu yang pastinya tidak boleh dijangka. Insurans haiwan peliharaan akan memberikan anda ketenangan fikiran dan anda juga mampu memberikan rawatan terbaik untuk si bulus kesayangan.

Sekiranya kemalangan berlaku, pastinya anda tidak mahu berada dalam keadaan terpaksa untuk memilih antara nyawa haiwan kesayangan atau duit.

Mengapa saya perlu memilih Oyen Pet Insurance?

  • Perlindungan perubatan bil veterinar tertinggi di Malaysia
  • Boleh digunakan di semua veterinar yang berdaftar di Malaysia
  • Pendaftaran yang cepat dan lancar
  • Proses membuat tuntutan yang mudah

Apakah perlindungan yang ditawarkan Insurans Haiwan Kesayangan Oyen?

Had dan perlindungan polisi bergantung kepada jenis pelan yang anda pilih. Kami menawarkan tiga pakej pelan yang berbeza untuk anjing dan kucing: Pelan Basic, Pelan Plus dan Pelan Champion.

Kesemua pelan ini akan melindungi tiga kategori utama iaitu:

1) Bil veterinar atau doktor haiwan

Oyen melindungi kos perubatan doktor veterinar yang tidak dijangka seperti penyakit, kemalangan dan kecederaan.

Anda juga perlu tahu bahawa, semua tuntutan untuk kos perubatan veterinar adalah tertakluk kepada kadar pembayaran balik sehingga 90%. Ini bermakna Oyen akan menanggung 90% daripada bil perubatan veterinar manakala pemegang polisi akan menanggung baki 10% daripada jumlah bil daripada setiap tuntutan.

Bagi had polisi  antara RM3,500 hingga RM8,000, ia akan merangkumi:

  • Bayaran bil veterinar dan yuran pembedahan
  • Ujian darah dan diagnosis
  • Bermalam di klinik
  • Ubat-ubatan yang diberikan
  • X-Ray / Ultrasound
  • Rawatan susulan
2. Kos pengebumian

Oyen akan membayar balik kos pengebumian dan krimasi (cremation) daripada penyedia perkhidmatan sehingga RM1,000 apabila haiwan kesayangan anda meninggal dunia. 

3) Liabiliti Pihak Ketiga

Oyen melindungi sebarang kos yang ditanggung sekiranya haiwan kesayangan anda menyebabkan kerosakan atau kecederaan yang tidak disengajakan kepada orang lain dan/atau harta benda mereka. Kami akan menanggung yuran perubatan, guaman dan kerosakan sehingga RM50,000.

Pemilik haiwan kesayangan juga perlu tahu bahawa insurans haiwan kesayangan tidak akan meliputi rawatan rutin atau berjadual seperti vaksin, prosedur pemandulan, pemeriksaan kesihatan atau rawatan pergigian.

Adakah haiwan kesayangan saya layak untuk Oyen Pet Insurance?

Oyen menerima semua baka kucing (termasuk kucing kampung / mixed breed) untuk diinsuranskan dengan kami.

Kami dapat menginsuranskan kebanyakan baka anjing tetapi malangnya, kami tidak dapat menginsuranskan baka anjing tertentu yang dihadkan atau diharamkan mengikut senarai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 

Antara syarat kelayakan lain ialah:

  • Umur haiwan peliharaan: Perlu berumur antara 12 minggu hingga 10 tahun
  • Keadaan kesihatan haiwan kesayangan: Mesti bebas daripada kecederaan atau kecacatan fizikal
  • Lokasi: Mesti tinggal secara kekal dengan anda dan berada di bawah jagaan anda setiap masa. 
  • Kerja: Tidak boleh menjadi anjing yang bekerja (iaitu haiwan peliharaan yang digunakan untuk melakukan tugas praktikal, berbanding menjadi haiwan peliharaan atau teman)
  • Pelesenan: Dilesenkan dengan sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan (walaupun kami tidak memerlukan penyerahan lesen untuk insurans)

Klinik veterinar yang manakah yang  boleh saya membuat tuntutan?

Kami selalu mendapat pertanyaan daripada pelanggan kami, “Klinik  veterinar manakah yang merupakan panel Oyen Pet Insurance?”

Jawapannya ialah, sebenarnya kami tidak mempunyai panel kerana Insurans Haiwan Kesayangan Oyen boleh digunakan di SEMUA klinik haiwan berdaftar (dengan Sijil Amalan Tahunan) di Malaysia.

Caranya, anda perlu bayar dahulu dan buat tuntutan secara mudah dan cepat! 

  1. Anda hanya perlu mendapatkan rawatan buat si bulus kesayangan seperti biasa. Jangan lupa untuk mendapatkan resit dari klinik veterinar anda
  2. Apabila pulang ke rumah, muat naik gambar resit ke laman web Oyen dan kami akan membayar wang anda semula sehingga 90% daripada kos rawatan.

Berapakah kos Oyen Pet Insurance? 

Bagi insurans kucing, kami mempunyai pelan bulanan serendah RM32/bulan* sehingga RM51/bulan*. Jom ketahui lebih lanjut mengenai  pelan insuran kucing kami.

Selain itu, insurans anjing pula bermula daripada RM51/bulan* hingga ke RM80/bulan*. Ketahui lebih lanjut mengenai pelan insurans anjing kami.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih pelan tahunan kami, dengan penjimatan harga yang lebih murah sebanyak 28% berbanding dengan pelan bulanan kami!

Apakah yang perlu saya sediakan sebelum mendaftar untuk Oyen Pet Insurance?

Sekiranya anda tertanya-tanya sama ada haiwan kesayangan anda perlu mendapatkan pemeriksaan perubatan untuk mendaftar untuk Oyen Pet Insurance - jawapannya, tak perlu!

Berikut merupakan perkara-perkara yang kami perlukan:

  • Microchip untuk Anjing

Kami memerlukan anjing untuk yang sudah mikrocip untuk diinsuranskan. Mikrocip berfungsi sebagai ID unik untuk haiwan kesayangan anda dan membantu mencari haiwan kesayangan anda sekiranya ia hilang. Malah, prosedur  mendapatkan mikrocip tidak menyakitkan atau berbahaya kepada haiwan kesayangan anda. Ia hanya seperti proses mengambil darah dan hanya mengambil masa beberapa saat.

Tip bonus: Pelan tahunan Dog Plus dan Dog Champion kami menawarkan mikrocip percuma untuk anjing anda! Sekiranya anda ingin melanggan pelan Dog Basic, anda boleh membeli mikrocip dari kedai Shopee Mall Oyen. Perlu diingatkan, bahawa walaupun mikrocip itu percuma, ia masih perlu dipasang oleh doktor haiwan yang terlatih dengan hanya kos yang rendah.

  • ID Perubatan Klinik Haiwan (bagi kucing)/ Kad Vaksin 

Untuk kucing, kami tidak memerlukan mikrocip, namun kami memerlukan ID perubatan klinik veterinar. Ia merupakan sekeping dokumen (biasanya kad fizikal) untuk menunjukkan bukti pemilikan kucing kesayangan anda.

Biasanya, doktor haiwan akan mengeluarkannya selepas memberi vaksin kepada kucing anda, dan anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan pada kad anda untuk rekod klinik doktor haiwan anda.

Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar di Oyen Pet Insurance?

Sebagai platform pertama digital, kami memudahkan proses untuk anda  mendapatkan insurans haiwan kesayangan anda melalui permohonan dalam talian hanya dalam beberapa minit.

Anda boleh mendaftar dalam 5 langkah mudah:

  1. Layari www.oyen.my
  2. Klik pada 'Get Quote'
  3. Isi maklumat asas tentang haiwan kesayangan anda
  4. Isytiharkan sebarang kecederaan dan sejarah perubatan yang lalu
  5. Pilih pelan pilihan anda dan buat pembayaran dalam talian

Itu sahaja - mudah kan!

Bilakah masa terbaik untuk saya mendapatkan insurans haiwan kesayangan?

Jawapannya ialah... apabila haiwan kesayangan anda sihat.

Pastinya anda rasa pelik, tapi dengar dulu penjelasan kami! Seperti yang anda tahu, insurans hanya melindungi penyakit, kecederaan dan kecemasan yang tidak dijangka.

Sekiranya penyakit ini sudah sedia ada sebelum si bulus anda diinsuranskan, ini bermakna ia dianggap sebagai 'keadaan yang sedia ada' dan keadaan ini tidak lagi boleh diinsuranskan - sama seperti insurans kesihatan manusia! 

Berikan ketenangan kepada fikiran anda dan pastikan haiwan kesayangan anda terus menerima penjagaan yang terbaik, jangan lupa untuk mendapatkan insurans haiwan kesayangan!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau memerlukan bantuan untuk mendaftar, jangan segan untuk menghubungi kami melalui emel di  hello@oyen.my atau hubungi / WhatsApp kami di +60 16-299 6840 (9 pagi - 5 petang pada hari bekerja).

Klik di sini untuk membaca soalan lazim (FAQ) kami.

Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan ke si bulus anda kepada keluarga Oyen!

*Tertakluk kepada terma dan syarat polisi

Kami adalah ejen insurans sah MSIG Insurance (Malaysia) Bhd.