Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Senarai Makanan Bahaya untuk Kucing dan Mengapa

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Jujur sahaja, setiap kali anda melihat kucing kesayangan anda, semuanya akan kelihatan comel! Comel ketika mereka berselera makan, atau ketika mereka mengiau manja memujuk untuk memberikan makanan yang anda sedang makan.

Namun, sedar atau tidak, sebenarnya bukan semua makanan sesuai diberikan kepada kucing anda! Jika tersilap langkah, ia mungkin boleh membahayakan nyawa dan menjejaskan kesihatan kucing anda.

Dalam artikel kali ini, Oyen akan kongsikan kepada anda senarai makanan bahaya untuk kucing dan mengapa ia tidak sesuai. Jom kita bermula!

Source: myMetro
Source: PasarKeRumah

1. Bawang merah dan bawang putih

Ya, bawang merah dan bawang putih merupakan salah satu bahan utama masakan di dapur, namun ia sama sekali tidak boleh diberikan kepada kucing.  Ia mengandungi bahan yang boleh merosakkan sel darah merah kucing dan boleh menyebabkan anemia.
Makanan ini akan menjadi bahaya  dan beracun kepada kucing sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, ia juga boleh menjadi bahaya sekiranya kucing anda terdedah kepada dalam kuantiti yang pekak seperti serbuk bawang putih dan sebagainya.
Sekiranya kucing anda menunjukkan simptom selepas terdedah atau makan bahan ini  seperti lemah, kurang selera makan serta air kencing berwarna jingga dan merah gelap, segera bawa kucing anda berjumpa dengan pihak veterinar.

2. Telur mentah, daging mentah dan tulang

Sama seperti manusia, kucing yang makan sebarang daging mentah dan tulang juga berpotensi dijangkiti dengan Salmonella atau E.coli. Lebih membahayakan, bakteria ini juga boleh disebarkan kepada manusia.
Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih selepas memasak dan jauhi kucing anda daripada memakan makanan mentah ini. Selain itu, telur mentah juga mengandungi sejenis enzim yang boleh mendatangkan masalah kepada kulit dan bulu kucing.
Bukan itu sahaja, makanan seperti tulang juga boleh menyebabkan kucing anda mengalami masalah tercekik atau tulang ikan yang tajam boleh mencederakan mulut dan gusi kucing. Malah, tulang yang tajam ini boleh mengganggu sistem penghadaman kucing.
Sekiranya kucing anda mengalami simptom seperti cirit-birit, muntah dan lemah badan, segera dapatkan rawatan veterinar yang berdekatan.

Source: Healthline

3. Coklat dan minuman berkafein

Mungkin anda sudah biasa mendengar coklat membahayakan bagi anjing, dan ia juga sama bagi kucing. Coklat dan minuman berkafein mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Methylxanthines yang berbahaya kepada kucing.
Apabila ia dimakan, ia akan menyebabkan simptom berikut kepada kucing anda iaitu:

  • Cirit-birit dan muntah
  • Suhu badan yang tinggi
  • Otot menggeletar
  • Tidak selesa pada abdomen
  • Haus
  • Sawan
Source: Peromil

4. Susu dan produk tenusu

Kucing anda mungkin gemarkan susu, namun ia tidak semestinya sesuai untuk mereka! Susu mengandungi laktosa yang tidak selesa bagi sistem penghadaman mereka. 
Biasanya, kucing hanya akan terdedah kepada laktosa sewaktu awal minggu kehidupan mereka daripada ibu kucing. Walaupun  ada kucing yang tidak mengalami sebarang masalah sewaktu meminum susu, ia masih perlu dielakkan bagi mengelakkan masalah penghadaman pada masa akan datang.
Bagi kucing yang mengalami masalah bagi menghadamkan makanan ini, ia akan menunjukkan tanda-tanda seperti sakit perut dan cirit-birit.

Source: TheSpruceEats
Source: Al Hijrah Global Sdn Bhd

5. Anggur dan kismis

Nampak berkhasiat dan comel, namun sebenarnya ia sangat bahaya bagi kucing. Walaupun dalam kuantiti yang kecil, ia boleh menyebabkan kucing anda mengalami kegagalan buah pinggang.
Hanya dalam masa 12 jam selepas termakan makanan ini, kucing anda boleh menunjukkan simptom seperti muntah. Dalam masa 24 jam seterusnya pula, kucing anda mungkin akan menunjukkan simptom yang lebih serius seperti  sakit pada abdomen, lemah badan dan cirit-birit.

6. Serangga liar

Adakah kucing anda aktif di luar rumah? Jika ya, anda perlu berhati-hati dan memerhatikan apa yang dimakan oleh mereka di luar rumah.
Di kawasan luar rumah, terdapat pelbagai jenis serangga dan haiwan liar yang mungkin beracun kepada kucing anda. Antara haiwan liar yang mungkin menjadi makanan ialah katak, tikus, burung dan cicak.
Nampak remeh, namun haiwan ini boleh menjadi toksik dan beracun sekiranya ditelan oleh kucing anda hingga membawa maut.

Source: NPR

7. Ubat-ubatan manusia

Percaya atau tidak, ada sesetengah kucing yang mudah tertarik dan menelan ubat-ubatan manusia. Tidak kira dalam bentuk cecair atau tablet, sekiranya ia dimakan dan dijilat oleh kucing, ia sangat bahaya dan boleh menjadi racun dalam masa yang singkat.
Yang paling memudaratkan, jangan sesekali sengaja memberikan ubat-ubatan manusia sekiranya kucing anda dalam keadaan sakit. 

Source: Land O lakes

8. Doh kuih yang mengandungi yis

Tidak kira anda sedang membakar kek atau membuat kuih, perhatikan sekiranya kucing anda ada berdekatan.  Yis yang ada di dalam doh boleh mengganggu sistem penghadaman kucing.
Yis ini juga boleh menyebabkan perut kucing menjadi kembung dan berbelit, yang boleh mengancam nyawa dan membawa maut. 

Source: myMetro

9. Bunga lili

Bagi penggemar bunga, anda perlu lebih berhati-hati ketika membeli atau menanam bunga lili. Walaupun cantik di mata, ia sangat tidak sesuai jika anda merupakan pemilik kucing. Setiap bahagian daripada bunga lili ini beracun bagi kucing dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang hanya dalam masa 3 hari.
Walaupun begitu, tahap toksik bunga lili ini sebenarnya bergantung kepada jenis dan spesies bunga lili. Namun begitu, pada tahap toksik ringan atau tinggi, ia tetap perlu dielakkan sama sekali.

Source: Wikipedia

10. Tomato yang belum masak


Walaupun tomato yang masak tidak memberikan kesan yang bahaya kepada kucing, lain pula ceritanya dengan tomato yang belum masak.  Ia mengandungi bahan tomatine yang boleh dijumpai di dalam tomato yang belum masak.
Jika dimakan, ia akan menyebabkan kucing anda mengalami gangguan sistem penghadaman yang teruk. Kucing anda boleh menjadi lemah, muntah-muntah dan cirit-birit.
Sekiranya anda mempunyai pokok tomato di kebun dan kucing anda menunjukkan simptom ini, jangan berlengah lagi untuk membawa kucing anda ke veterinar dengan segera.

Apa yang perlu lakukan sekiranya kucing anda tertelan makanan yang disyaki beracun dan berbahaya?

 Rawatan yang paling penting untuk dilakukan ialah mendapatkan rawatan segera ke pihak veterinar berdekatan. Jika dibiarkan buat masa yang lama sebelum mendapatkan rawatan, ia mungkin boleh mengancam nyawa dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Kesimpulan

Walaupun nampak remeh, memberi makanan yang salah kepada kucing boleh menyebabkan kesihatan mereka terjejas. Walaupun makanan yang diberi tidak berbahaya kepada manusia, lain pula bagi kucing anda yang mempunyai sistem tubuh badan yang berbeza.
Bukan sahaja anda perlu melindungi kucing anda daripada makanan yang berbahaya, berikan juga mereka perlindungan kesihatan dari awal untuk kejadian yang tidak diingini di masa akan datang.
Dengan mendapatkan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan, surgeri dan segala cedera kemalangan sehingga RM8,000. 
Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini. Semak kelayakan di sini.