Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Perkongsian dari Oyen: Pengalaman Kucing Selsema

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Bagi manusia, penyakit selsema mungkin hanya dianggap remeh, tetapi bagi haiwan kesayangan anda ini, ia tidak boleh dianggap remeh.

Kali ini, kami bawakan perkongsian Puan Suzi, tentang kucing kesayangannya, Hachi tentang pengalaman kucing selsema.

Hachi si kucing manja

"Sebenarnya, Hachi ni kucing anak perempuan saya. Sewaktu dia sarat mengandung, dia suruh saya jagakan.

Lama-lama bila bela, Hachi ni manja pula dengan saya, jadi anak saya ambil keputusan untuk serahkan saja kepada saya", terang Puan Suzi.

Hachi sewaktu masih lagi kecil

Hachi kucing yang sihat 

"Hachi sudah berumur 11 tahun, dan sebelum ini dia tak ada apa-apa masalah kesihatan yang serius. Hachi pulak memang aktif dari kecil.

Jadi, saya ingatkan tidak ada perkara yang membimbangkan lagi pada usia Hachi yang sudah tua ini.

Kesihatan Hachi mula merosot

Mula-mula, saya perasan Hachi mula demam. Hidungnya berair, dan apabila tidur, nafas Hachi akan berbunyi seperti dengkuran yang kuat.

 Hachi hanya terbaring dan lesu dan keletihan.

Sampai suatu tahap, Hachi merangkak mengheret badannya hanya untuk minum air.

Saya bawa ke klinik veterinar, dan doktor ada bagi suntikan serta ubat untuk melegakan simptom demamnya.

Simptom selsema Hachi berulang lagi

Tidak lama selepas sembuh, simptom Hachi berulang lagi. Kali ini, air liur dari mulut Hachi meleleh dan mengeluarkan bau yang busuk.

Pada mulanya saya menyangkakan Hachi kemungkinan makan sesuatu yang busuk seperti bangkai haiwan, tetapi selepas diperiksa, tidak ada sebarang kesan.

Mata Hachi juga seperti ada kesan discaj mata dan juga kesan hingus.

Saya ada bawa ke klinik veterinar, namun hanya dibekalkan ubat yang sama. Hachi juga tidak menunjukkan sebarang perubahan yang lebih baik. 

Hachi tidak sedarkan diri

Kemudian, pada waktu malam, Hachi tiba-tiba tidak sedarkan diri. Saya nekad untuk pergi ke klinik veterinar lain dan memandu sejam ke bandar utama.

Pada masa itu, saya sangkakan inilah kali terakhir saya dapat melihat Hachi.

Hachi mendapat rawatan yang lebih lanjut

Di klinik veterinar, saya menerangkan simptom Hachi yang kerap berulang dan juga mulutnya yang mengeluarkan air liur yang busuk. Gusinya juga menjadi bengkak.

Doktor veterinar juga ada mengambil sampel swab air liur Hachi. Doktor juga menerangkan kepada saya Hachi mungkin dijangkiti Feline Calicivirus atau FCV berdasarkan simptom yang ditunjukkan.

Malah, sekiranya selsema ini masih berulang dalam jangka masa yang pendek. hachi mungkin perlu menjalani ujian darah bagi mengetahui punca penyakit yang sebenar," Puan Suzi mengakhiri perbualannya bersama kami.

Hachi semakin pulih

Hachi juga diberi ubat-ubatan dan juga dimasukkan air kerana terlalu kurang air di dalam badan. 

Kemudian, saya meneruskan rawatan di rumah.

Saya juga memberikan antibiotik yang dibekalkan oleh doktor.

Bagi memujuk Hachi makan semula, saya memujuk dengan menggunakan makanan kegemarannya, ayam rebus bagi memudahkannya untuk makan.

Alhamdulillah, keadaan Hachi semakin pulih dan semakin baik walaupun masih tidak aktif seperti dulu.

Apa itu selsema kucing?

Selsema kucing merupakan masalah jangkitan penafasan yang biasanya disebabkan oleh virus:

  • Feline calicivirus (FCV) 
  • Feline herpes virus (FHV or FHV-1)

Apabila kucing sudah dijangkiti dengan salah satu virus ni, ada kemungkinan mereka akan mempunyai virus ini seumur hidup dan akan mempunyai simptom selsema kucing.

Jika dibiarkan, terutamanya bagi kucing yang sudah tua dengan imun badan yang rendah, boleh menjadi penyakit pneumonia atau jangkitan paru-paru

Simptom selsema kucing

Berikut merupakan beberapa simptom yang akan ditunjukkan oleh kucing anda sekiranya mempunyai selsema kucing iaitu:

  • Selsema
  • Bersin
  • Mata berair
  • Discaj dari mata dan juga hingus
  • Mulut berbau busuk dan gusi bengkak

Rawatan pencegahan yang paling terbaik boleh dilakukan ialah mengambil vaksin daripada pihak veterinar.

Walau ia tidak boleh menjamin sepenuhnya, ia merupakan langkah pencegahan yang terbaik boleh dilakukan. Kucing anda akan menjadi lebih sihat dan mengurangkan risiko untuk dijangkiti selsema kucing ini.

Kepentingan vaksin dalam mencegah jangkitan

Walaupun masih tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit FIP kucing, mengambil vaksin dalam dos yang lengkap mampu mengurangkan risiko jangkitan di masa akan datang.  Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat 

Jika kos yang membimbangkan anda,  pelan Oyen Preventive Care sesuai dengan harga yang mampu milik. Pelan ini bukan sahaja merangkumi vaksin, malah ia juga menawarkan rawatan rutin yang lain seperti pemeriksaan fizikal, rawatan cacing dan juga kutu.

Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat tawaran dan diskaun bagi pembelian makanan kucing, aksesori dan sebagainya. Dapatkannya di sini!

Insurans sebagai perlindungan di masa akan datang

Sekiranya anda ingin bersedia menghadapi perkara yang tidak dijangka  kepada kucing anda di masa akan datang, insurans akan memberikan perlindungan lebih untuk kucing anda, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 

Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini.