Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now
Successfully Subscribed!

Interested to get a free pet insurance quote?

Get Quote
Sorry your pet may not be eligible for insurance currently 😞
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Apakah Takaful Kucing? Apa beza Takaful Kucing dengan Insurans Kucing?

Expert for this article

✈️ Are you travelling soon?

Your phone number
Get a special pet boarding discount from us! 🤩

Nickname
Email
Where are you going?
When are you travelling?
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.
Table of content

Sebelum ini, pastinya anda sudah terbiasa dengan produk insurans kucing dari Oyen. Namun, kali ini bagi mereka yang beragama islam, anda mempunyai pilihan yang lebih baik dan menepati syariah!

Kali ini, Oyen akan memperkenalkan kepada anda produk terbaru kami iaitu Oyen Takaful Kucing. Pastinya anda tertanya-tanya, apakah takaful kucing? Apa bezanya dengan insurans kucing yang ditawarkan sebelum ini? 

Jom Oyen kongsikan kepada anda segalanya yang anda perlu tahu di dalam artikel ini. Jom kita bermula!

Apa itu Takaful kucing?

Berbeza dengan insurans kucing, takaful kucing menggunakan konsep prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Bagi konsep takaful, ia memberikan perlindungan bersama bagi harta dan menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.

Sekiranya anda memilih takaful kucing, anda bersama dengan peserta sijil takaful yang lain akan membuat sumbangan dan sekiranya terdapat tuntutan, ia akan dikongsi oleh semua peserta sijil takaful yang lain berdasarkan perjanjian takaful yang telah dipersetujui.

Beza Takaful Kucing dengan Insurans Kucing

Sebenarnya, apakah yang membezakan antara takaful dan insurans yang ditawarkan ini? Oyen kongsikan kepada anda perbandingan jadual di bawah untuk lebih mudah memahami perbezaan dan perbandingan di antara kedua pilihan produk ini:

InsuransTakaful
Menggunakan konsep akad jual beli.Menggunakan konsep Tabarru. Caruman yang dibayar akan dianggap sebagai sumbangan bagi pemegang sijil takaful yang lain.Sekiranya pemegang sjil takaful lain ditimpa musibah, sumbangan ini akan digunakan
Di bawah undang-undang kerajaanDi bawah undang-undang syariah dan undang-undang kerajaan
Ada unsur riba. Pelaburan konvensional yang digunakan oleh insurans tidak mempunyai badan yang mengawalseliaTiada unsur riba. Setiap pelaburan perlu mematuhi syariah dan akan melalui badan Syariah Advisory Council/Committee.Keuntungan akan dikongsi  antara pengendali (syarikat) dan peserta berasaskan Mudharabah
Ada unsur Gharar (tidak pasti), Maisir (judi) dan unsur ribaBebas daripada unsur Gharar (tidak pasti), Maisir (judi) dan unsur riba
Risiko akan dikendalikan oleh syarikat insuransRisiko akan dikongsi bersama oleh pencarum yang memberikan sumbangan

Prinsip takaful kucing yang anda perlu tahu

Nampak sama, tapi boleh menjadi sedikit berbeza. Di dalam Oyen Takaful Kucing yang ditawarkan, terdapat beberapa prinsip yang menggunakan prinsip yang hampir sama tetapi menggunakan istilah yang berbeza.

InsuransIstilah yang digunakanTakaful
Menggunakan kontrak antara pemegang polisi dan syarikat insuransKontrakKontrak yang digunakan disebut sebagai Sijil Takaful
Menggunakan istilah premium iaitu jumlah duit yang perlu dibayar oleh pemegang polisi kepada syarikat insurans bagi perlindunganPremium vs SumbanganSumbangan yang akan diberikan dengan konsep derma bersyarat.Perlindungan akan diberikan kepada peserta takaful lain yang layak dengan konsep perkongsian bersama
Bagi insurans, perlindungan akan diberikan kepada orang atau entiti yang dilindungi di dalam polisi insuransYang dilindungiBiasanya, di dalam sijil takaful, ia akan merujuk kepada peserta yang menyumbang kepada sumbangan Takaful
Bagi tuntutan dalam insurans, ia bermaksud tuntutan rasmi oleh pemegang polisi kepada syarikat insurans bagi pembayaran berdasarkan polisi insuransTuntutanSama seperti insurans, caruman bagi sijil takaful akan diberikan berdasarkan perjanjian di dalam Takaful

Salah faham tentang konsep insurans dan takaful

Seterusnya, Oyen kongsikan kepada anda pelbagai salah faham tentang perbandingan konsep insurans dan takaful:

Insurans Konsep Takaful
Ramai yang beranggapan insurans hanya melibatkan faedah.Biasanya, ia merupakan salah satu strategi pelaburan sahaja dan tidak semestinya hanya melibatkan faedah semata mata Riba atau faedah Ramai yang beranggapan bahawa Takaful langsung tidak berkaitan dengan keuntungan dan mendapatkan faedah.Sebenarnya, takaful mengelakkan unsur Riba tapi pada masa yang sama masih boleh mendapatkan keuntungan daripada pelaburan patuh syariah
Insurans juga melibatkan pengumpulan risiko, tetapi tidak semestinya berkaitan dengan perkongsian risiko.Bagi konsep insurans, syarikat insurans akan menilai tahap risiko dan pemegang polisi akan membayar premium yang dikenakan Perkongsian risiko Biasanya, takaful sering disalah anggap hanya berdasarkan perkongsian risiko antara peserta.Namun, syarikat takaful juga akan mengendalikan dana berdasarkan konsep Mudarabah atau Wakalah
Ramai yang salah faham bahawa pemegang insurans konvesional tidak terlibat dengan keuntungan.Walaupun keuntungan tidak diperolehi secara langsung, biasanya ia akan diperoleh melalui dividen atau premium yang semakin berkurang Untung dan rugi Ada yang beranggapan bahawa keuntungan dijamin dalam takaful.Sebenarnya, setiap keuntungan dan kerugian akan dikongsi bersama dan syarikat takaful akan mengenakan yuran bagi menguruskan dana tersebut
Ramai yang beranggapan pelaburan di dalam insurans konvesional dilakukan tanpa sebarang etika.Sebenarnya, kebanyakan syarikat insurans mempunyai polisi pelaburan mereka sendiri yang bertanggungjawab dan perlu dipatuhi. Strategi pelaburan Ada yang beranggapan pelaburan takaful hanya terhad kepada industri tertentu. Sebenarnya, pelaburan patuh syariah ini meliputi pelbagai sektor seperti ekuiti, hartanah dan juga aset lain yang dibenarkan
Bayaran premium insurans sering dianggap lebih murah dan menjimatkan.Sebenarnya, ia bergantung kepada kepada pelbagai faktor sebagai keberkesanan dan skala Kos yang terlibat Ramai yang beranggapan caruman takaful mahal kerana ia melibatkan pelaburan patuh syariah dan etika yang perlu dipatuhi. Namun, ia sebenarnya bergantung kepada Syarikat Takaful dan yuran pengurusan yang akan dikenakan
Insurans konvensional terbuka kepada semua Agama Ramai beranggapan, Takaful hanya untuk pemegang sijil yang beragama islam. Takaful adalah inklusif, menyambut pencaruman dari semua latar belakang, bukan terhad kepada Muslim sahaja

Apa tuntutan yang anda boleh buat dengan takaful kucing?

Pelan kami mempunyai penolakan 10% atau RM100 (yang mana lebih tinggi), untuk setiap tuntutan daripada bil veterinar yang dikenakan kepada anda.

Apa yang akan dilindungi di bawah bil veterinar?

Berikut merupakan tuntutan yang boleh dibuat di dalam bil veterinar anda:

  • Sesi konsultasi dengan doktor veterinar
  • Ujian darah, X-Ray, urinalysis dan lain-lain
  • Ubat-ubatan
  • Sebarang ujian diagnostik untuk mengesan penyakit dan kecederaan
  • Pembedahan
  • Caj bermalam di klinik

Apakah penyakit dan kecederaan yang dilindungi?

  • Asma
  • Kecederaan dan kemalangan
  • Kanser dan/ atau tumor
  • Penyakit buah pinggang
  • Diabetes
  • FIV 
  • FeLV
  • Feline Upper Respiratory Disease
  • Serangan jantung/ penyakit
  • Sporo, parvo, distemper
  • Penyakit/jangkitan kulit
  • Penyakit ringan seperti demam, selsema, cirit birit dan banyak lagi

Sebenarnya, senarai penyakit yang dikongsikan ini hanya merupakan panduan umum. Anda boleh merujuk kembali kepada sijil takaful.

Apakah penyakit yang tidak dilindungi?

Produk ini, seperti Takaful untuk manusia, tidak melindungi tuntutan yang disebabkan oleh kejadian yang berikut:

  • Keadaan sedia ada
  • Rawatan gigi atau gusi
  • Rawatan rutin dan pencegahan (contohnya: vaksin)
  • Kehamilan, kelahiran atau pembiakan (dan komplikasinya)
  • Alat bantuan, prosthesis dan e-kolar
  • Keadaan kongenital
  • Keadaan/Penyakit keturunan
  • Makanan, suplemen, vitamin

Untuk maklumat lengkap dan terperinci, sila lihat Sijil Takaful Kucing dan Lembaran Pendedahan Produk.

Pelan yang ditawarkan bagi takaful kucing

Caruman bermula dari RM319/tahun

Pelan kami mempunyai penolakan 10% atau RM100 (yang mana lebih tinggi), untuk setiap tuntutan, dan adalah berkenaan dengan manfaat tertentu

[Klik sini untuk sebutan harga] 

Prosedur klinik yang boleh dituntut:
  • Kos konsultasi/rundingan veterinar
  • Ubat preskripsi
  • Ujian diagnostik / makmal
  • Bayaran pembedahan & bilik bedah
Had bil veterinar (tahunan) sehingga RM8,000
Caj rawatan susulan sehingga 60 hari
Kos penginapan klinik vet/hospital
Liabiliti pihak ketigatertakluk kepada deduktibel
Perbelanjaan pengebumian
💡Tertakluk kepada penolakan 10% atau RM100 (yang mana lebih tinggi) untuk setiap tuntutan

Tips: 
Diskaun untuk Pakej Keluarga Kucing. Dapatkan 10% diskaun bagi kucing tambahan dalam satu transaksi/sijil

Bagaimana cara membuat tuntutan Oyen Takaful Kucing?

Melalui Oyen, anda boleh membuat tuntutan hanya dengan cara mudah seperti berikut:

  1. Lawati mana-mana veterinar - Oyen tiada klinik panel
  2. Dapatkan butiran lanjut tentang diagnosis & resit lengkap
  3. Isi borang tututan dalam akaun Oyen anda
  4. Anda sudah selesai! Tuntutan akan dikreditkan ke akaun selepas diluluskan dalam jangka 2-3 minggu

Mengapa anda perlu memilih Oyen Takaful Kucing?

  1. Jika anda beragama islam, tidak perlu lagi untuk ragu-ragu dan menggunakan produk insurans konvensional yang ditawarkan. Anda sudah mempunyai pilihan Oyen Takaful Kucing dan gunakan tanpa ragu-ragu dan was-was
  1. Salah satu tuntutan dalam agama islam ialah melakukan ihsan kepada binatang. Dengan memilih takaful yang patuh syariah, anda bukan sahaja melindungi haiwan kesayangan malah melakukan ihsan kepada si bulus dan pada masa yang sama masih mematuhi hukum agama islam yang ditetapkan.
  1. Sumbangan yang berpatutan. Bagi setiap sumbangan, anda akan mendapatkan perlindungan yang terbaik bagi si bulus
  1. Takaful kucing ini akan membantu memberikan perlindungan kewangan di saat anda memerlukan. Kos perubatan si bulus boleh menjadi mahal, dan takaful kucing merupakan pilihan terbaik untuk membantu keadaan kewangan anda.

Penutup

Sekiranya dulu, produk insurans Oyen menjadi masalah bagi anda untuk membuat pilihan  kerana ia berdasarkan insurans konvesional, sekarang anda tidak perlu lagi ragu!

Bukan sahaja patuh syariah, ia akan membantu anda memberikan perlindungan yang terbaik bagi si bulus! 

Semak kelayakan di sini.

*Diunderait oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad
*Tertakluk kepada terma dan syarat sijil