10 Sebab Anda Tak Patut Tidur Dengan Kucing (Kesan-kesan, cara atasi dan lain-lain)
Adakah anda tahu terdapat pelbagai sebab anda tak patut tidur dengan kucing? Kucing sering di sekitar tuannya kerana ini menjadikannya berasa selamat. Mereka juga sudah mempercayai tuan masing-masing dan yakin tidak akan diapa-apakan. Kucing tidur dekat kita juga tanda ia sayangkan kita.
Selain itu, kucing sangat sukakan tempat yang mempunyai haba. Apabila tidur dengan kita, secara tidak langsung ia akan mendapat haba yang diinginkannya dan membuatnya selesa. Ia juga mampu tidur lebih lama tanpa gangguan.
Kucing juga sebenarnya sudah ‘menandakan’ katil kita sebagai kawasan ‘jajahannya’. Ini bererti mana-mana kucing lain tidak boleh ‘menakluk’ kawasannya. Namun, terdapat banyak sebab anda harus mengelak daripada tidur dengan kucing kesayangan anda.
10 Sebab Anda Tak Patut Tidur Dengan Kucing
Jom baca 10 sebab kenapa anda tak patut tidur bersama kucing. Ada 3 kategori; sebab jangkitan kucing, kesihatan, dan kebersihan.
Sebab jangkitan kucing
- Jangkitan parasit
Tahukah anda kucing kesayangan anda berpotensi membawa parasit seperti kutu cheyletiella? Kutu ini mampu melompat dari badan kucing ke badan manusia. Ia juga boleh menyebabkan ruam kepada kulit!
Gigitan kutu ini mampu membuatkan anda gatal dan ia sukar dihapuskan kerana terlalu kecil dan seni.
Selain itu, parasit perut seperti cacing gelang dan cacing tambang juga membawa penyakit kepada manusia jika terdedah kepada najis kucing. Jika anda tidur dengan si kucing, ia mungkin meningkatkan lagi kebarangkalian anda terjangkit.
- Jangkitan protozoa
Giardiasis, cryptosporidiosis, and toxoplasmosis adalah penyakit yang berpotensi untuk berjangkit daripada kucing ke manusia, tapi tak mungkinlah ia boleh berlaku akibat sentuhan direct.
Untuk memastikan kucing anda sihat, biarkan mereka duduk di dalam rumah dan selalulah berjumpa dengan doktor haiwan untuk membuat pemeriksaan tahunan.
- Jangkitan bakteria
Meluangkan masa lebih 8 jam dalam jarak dekat dengan kucing anda bermakna anda besar kemungkinan akan terdedah kepada rembesan atau perkumuhan kucing anda.
Kebarangkalian untuk anda menerima penyakit daripada kucing adalah rendah tapi anak kecil, orang tua dan mereka dengan sistem imunisasi yang rendah lebih berisiko tinggi.
Seramai 25,000 orang setahun telah demam setelah dicakar atau digigit kucing yang dijangkiti bakteria bartonellosis.
Ia menyebabkan pesakit bengkak di bahagian kelenjar limfanya, demam, keletihan, sakit otot dan lain-lain. Ia tidak mempunyai kesan jangka panjang pada kesihatan pesakit tapi ia boleh meleret berbulan-bulan. Bagi mereka yang lemah imunisasi, ia juga boleh membawa maut.
Salmonellosis adalah satu lagi jangkitan bakteria yang kucing boleh pindahkan kepada manusia. Kucing yang habiskan masa di luar mungkin akan makan burung atau haiwan kecil, dan di sinilah penyakit itu akan mudah berjangkit.
Manusia pula akan terjangkit apabila terdedah kepada najis kucing yang sakit ini. Tanda-tandanya adalah cirit-birit, demam dan sakit perut.
Sebab kesihatan
- Asma
Jika anda mempunyai asma, anda disarankan untuk tidak langsung mendekatkan diri dengan kucing. Hal ini kerana, pesakit asma akan mengalami gejala yang lebih teruk jika berada berdekatan dengan kucing berbanding anjing.
- Alahan / Alergik
Anda ada alahan terhadap bulu kucing? Maka anda sangat tidak digalakkan untuk tidur dengan kucing anda. Hal ini kerana sebarang kotoran atau mikroorganisma yang dibawa oleh kucing mampu menjadikan alahan anda lebih teruk.
- Boleh melemaskan bayi
Kucing sangat gemar tidur dengan tuannya untuk mendapatkan haba yang cukup. Jadi, tidak mustahil ia akan berminat untuk tidur dengan bayi untuk mencari keselesaan. Jika ia tidur berdekatan dengan bayi, hal ini dikhuatiri mampu melemaskan bayi anda.
Oleh itu, cuba elakkan kucing mendapat akses untuk mendekati katil bayi. Atau letakkan kucing di dalam sangkar setiap kali sebelum tidur.
- Kucing mungkin bertindak ganas
Ada kucing yang mungkin mengigau dan bertindak ganas semasa tidur. Jika ia tudir dengan anda, anda mungkin terdedah kepada perbuatannya mencakar atau menggigit anda tanpa disedarinya.
Hal ini boleh membuatkan anda terjaga dan meninggalkan kesan luka. Kesan cakaran atau gigitan si kucing boleh membuatkan anda sakit dan berpotensi mendedahkan anda kepada jangkitan kuman.
- Tidur terganggu
Kitaran tidur kucing mungkin tidak sama dengan kita. Kucing memang tidur secara puratanya 15 jam sehari. Tetapi lebih mudah tertidur pada waktu siang berbanding pada waktu malam.
Kucing selalunya akan menjadi sangat aktif pada waktu malam, sama ada melompat-lompat atau berlarian ke sana sini. Jika ia berkelakuan sebegitu, maka tidur anda pasti akan terganggu.
Sebab kebersihan
- Terdedah pada pasir kucing
Kucing anda pasti menggunakan litter box banyak kali dalam sehari. Ada masa ia tidak membersihkan segala kotoran dengan bersih. Walaupun anda membersihkan litter box 2-3 kali sehari, namun ia masih lagi kotor.
Bayangkan jika kucing anda naik katil sebaik keluar litter box, ia mungin membawa sekali sisa litter box ke atas katil. Kotornya!
- Terdedah kotoran kucing
Tidak dinafikan kucing suka menghabiskan banyak masa dengan ‘mandi’. Namun, anda masih juga terdedah kepada sebarang kotoran yang terdedah kepadanya.
Ada juga kucing yang hanya bergantung pada kita untuk membersihkan dirinya. Maka, elakkanlah tidur dengan kucing atas sebab-sebab kebersihan.
Cara-cara mengatasi tidur dengan kucing
Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada tidur dengan kucing. Berikut disenaraikan antara cara-cara yang boleh anda lakukan:
- Tutup pintu bilik. Jangan sesekali buka pintu jika anda mahu tidur.
- Sediakan tempat tidur kucing. Pastikan juga anda meletakkan mainan atau kain kegemarannya agar ia tahu tempat tersebut ialah tempat tidurnya.
- Kurung di dalam sangkar. Anda juga boleh sahaja mengurungnya semalaman di dalam sangkar untuk mengelakkan si kucing bertindak menyelerakkan rumah.
Soalan Lazim
Apakah hukum tidur bersama kucing menurut Islam?
Tiada hadis khusus mengenai perkara tersebut, namun ada hadis yang menggalakkan kita berbuat kebaikan sesama makhluk dengan memberinya makan. Kucing juga, seprti diketahui, merupakan haiwan kesayangan Rasulullah. Tiada hukum spesifik untuk tidur dengan kucing. Namun, anda hanya perlu tahu bahawa kucing haiwan nokturnal, bererti ia sangkat aktif pada waktu malam dan ini boleh mengganggu tidur anda.
Selamatkah tidur dengan kucing?
Hal ini bergantung kepada anda. Jika kucing anda jenis yang tidur di kaki katil, anda mungkin tidak perlu berasa risau. Namun, jika kucing anda gemar tidur di muka anda, ia berpotensi melemaskan anda sewaktu tidur.
Penutup
Kesimpulannya, anda boleh sahaja tidur dengan kucing, dengan syarat anda tahu kesan-kesannya. Jika anda tiak mampu menghadapi kesan-kesan sampingan, sediakan tempat tidur untuk kucing anda sendiri.
Jika anda mahukan perlindungan lebih untuk kucing anda, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000.
Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini.
Anda juga boleh mendaftar Oyen Pet Wellness untuk perlindungan lebih holistik termasuk pemeriksaan kesihatan dan ubat cacing!