Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Tips bawa balik kucing baru ke rumah

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Bagi pemilik kucing, pastinya anda akan teruja untuk membawa pulang si comel kesayangan. Anda pasti tidak sabar untuk bermain, dan menjadikan kucing kesayangan ini sebahagian dari hidup anda, 

Mungkin juga, anda ingin menambah bilangan ahli keluarga si bulus di rumah yang sudah ada. Makin ramai, makin seronok, kan! Sebenarnya, membawa kucing baru balik ke rumah perlu dilakukan dengan cara yang betul dan  anda perlu bersedia sepenuhnya untuk menyambut kedatangan mereka.

Bagaimana caranya? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tips bawa balik kucing baru yang anda perlu tahu. Jom bermula!

Apa yang akan berlaku sekiranya anda tidak membuat sebarang persediaan?

Walaupun nampak remeh, persediaan sebelum membawa kucing baru sangat penting bagi memastikan situasi yang tidak diingini boleh berlaku. Berikut merupakan beberapa situasi dan keadaan yang boleh terjadi kepada kucing anda.

  1. Kucing akan sentiasa berada dalam keadaan yang cemas dan takut

Sebenarnya, reaksi kucing berada dalam keadaan takut dan cemas adalah normal terutamanya bagi si comel yang berada di tempat baru. Namun, tanpa persediaan yang betul, kucing anda akan memakan masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri.

  1. Kucing akan menjadi agresif 

Sekiranya anda sudah mempunyai kucing yang lain di rumah, perkara ini boleh menjadi lebih rumit dan bermasalah. Kucing yang baru dibawa balik ke rumah boleh menjadi agresif dan terancam dengan kucing anda sekiranya tidak diperkenalkan dengan cara yang betul.

Apabila sudah terancam, ini boleh  menyebabkan kucing anda bergaduh sesama sendiri. Lebih menyukarkan keadaan, situasi ini biasanya sudah sukar untuk diubah dan anda mungkin terpaksa berhadapan dengan pergaduhan kucing ini setiap hari!

Persediaan sebelum bawa balik kucing ke rumah baru

Seterusnya, jom Oyen kongsikan beberapa persediaan yang perlu dilakukan anda sebagai pemilik kucing sebelum membawa si comel ini pulang ke rumah.

  1. Asingkan bilik yang lain dengan kucing

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah menyediakan bilik atau ruang yang berasingan dengan kucing lain di rumah. Ruang ini sangat penting bagi memberikan kucing yang sudah dibela dan baru ini  masa untuk menyesuaikan diri.

Kucing baru anda memerlukan bilik ini untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru manakala kucing yang sudah dibela rumah juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi dan bau kucing yang baru ini.

  1. Pastikan kelengkapan makanan dan minuman yang secukupnya

Seterusnya, pastikan kelengkapan makanan dan minuman juga sudah disediakan di dalam bilik atau ruang yang diasingkan. Ini memastikan kucing anda berasa selesa sewaktu dalam proses untuk menyesuaikan diri.

Berikan makanan dan minuman ini di dalam bekas yang berasingan dengan kucing yang lain. Pastikan juga bekas makanan dan minuman ini mudah untuk 

  1. Wujudkan persekitaran bilik yang selesa untuk kucing anda

Selain itu, jangan lupa untuk menyediakan pasir kucing bagi memastikan kucing baru anda ini boleh membuang air dengan selesa. Di dalam ruang atau bilik yang disediakan ini, anda juga boleh menyediakan persekitaran yang sesuai bagi kucing baru ini meninggalkan bau mereka.

Letakkan selimut atau tempat mencakar bagi menggalakkan kucing baru ini mula meninggalkan bau mereka di rumah anda,

  1. Sediakan tempat bersembunyi

Dalam proses menyesuaikan diri, sediakan juga beberapa tempat persembunyian bagi kucing anda. Ia akan membuatkan kucing ini berasa selamat untuk berada di dalam rumah.

Anda boleh membeli terowong kucing atau cat tunnel, atau sediakan sahaja kotak kosong atau tempat tidur dengan selimut di mana mereka boleh menyembunyikan diri mereka.

  1. Pastikan rumah anda tidak ada ruang untuk melarikan diri

Pada permulaan ini, kucing anda mungkin akan cenderung untuk melarikan diri. Oleh itu, sewaktu kucing anda masih dalam fasa menyesuaikan diri, pastikan pintu depan dan belakang ditutup bagi mengelakkan si comel ini melepaskan diri.

Sekiranya ada ahli keluarga lain di dalam rumah, pastikan mereka juga tahu dan berjaga-jaga untuk mengelakkan kucing ini terlepas.

  1. Beri penerangan kepada kanak-kanak yang berada dalam rumah

Ya, pastinya kanak-kanak yang berada dalam rumah paling teruja untuk bermain dengan si comel ini. Namun, bunyi yang kuat dan bising boleh mendatangkan ketakutan bagi kucing baru.

Anda boleh memberi penerangan secara baik kepada anak-anak kecil ini untuk membelai  dan bermain dengan kucing ini dalam keadaan yang lebih tenang dan lembut. Terangkan kepada kanak-kanak ini, dengan cara yang lebih lembut dan tenang ini, kucing akan lebih mudah untuk percaya dan selesa bersama mereka.

Semasa kucing menyesuaikan diri dengan rumah baru

Sekarang, rumah anda sudah bersedia untuk menerima kedatangan si comel baru. Jadi, apa yang anda perlu lakukan bagi membantu mereka menyesuaikan diri? Jom ikuti beberapa langkah  ini.

Cara kucing berkenalan dengan kucing lain

Dalam langkah ini, Oyen akan kongsikan beberapa teknik yang boleh dilakukan bagi membantu kucing anda menyesuaikan antara satu sama lain.

Langkah 1: Jom tukar kawasan

Apabila kucing anda sudah selesa berada di dalam bilik mereka yang diasingkan, ini masanya untuk memperkenalkan mereka dengan bau di sekitar rumah.

Kucing merupakan sejenis haiwan yang sangat peka dengan bau persekitaran mereka. Untuk mereka rasa lebih selesa, mereka perlu membiasakan diri mereka dengan bau yang berada di sekitar rumah.

Langkah ini sangat penting terutamanya jika anda mempunyai kucing lain di dalam rumah. Pada tahap ini, anda boleh memperkenalkan bau kucing lama anda kepada mereka. 

Caranya cukup mudah, berikan ruang untuk kucing lama dan kucing baru bertukar ruang dan bilik. Anda boleh mengasingkan kucing yang baru di dalam bilik air atau tandas, dan kemudiannya bawa kucing lama ke dalam bilik kucing baru tadi.

Lakukan sebaliknya bagi kucing baru, beri mereka ruang untuk meneroka di dalam rumah dan membiasakan diri dengan bau kucing lama. Dengan cara ini, kedua-dua ekor kucing boleh mengenali bau masing-masing tanpa perlu bertentang mata dan terus bergaduh.

Langkah 2: Waktu makan, waktu berkenalan!

Caranya cukup mudah, sewaktu anda memberikan makanan bagi kedua-dua kucing ini, dekatkan jarak mereka setiap hari. Pada kali pertama, berikan mereka makanan dalam keadaan pintu yang tertutup tetapi berhadapan.

Pada kali kedua, sekiranya nampak selesa, berikan makanan dalam keadaan pintu sedikit terbuka. Sekiranya kedua-duanya masih nampak selesa dan tidak berlaku sebarang pergaduhan, anda boleh meneruskannya pada hari seterusnya dengan jarak yang semakin dekat.

Dalam proses ini, pastikan anda sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga. Kucing anda mungkin menunjukkan rasa tidak selesa dan akan bergaduh bila-bila masa. Pastikan anda sudah mempunyai rancangan untuk mengasingkan mereka sekiranya berlaku pergaduhan.

Langkah 3: Jom bermain bersama!

Apabila mereka sudah selesa bermain bersama, ini masanya untuk mewujudkan hubungan yang baik dan selesa antara mereka. Bagi memudahkan proses ini berjalan, anda boleh meminta pertolongan ahli keluarga yang lain untuk bersedia bagi kemungkinan yang tidak diingini.

Jom Oyen kongsikan bagaimana untuk menggalakkan mereka bermain bersama.

  1. Bawa seekor kucing bermain terlebih dahulu. Biarkan si comel ini selesa terlebih dahulu.
  1. Dengan pertolongan ahli keluarga yang lain, bawa kucing yang baru bermain pula di dalam ruang yang sama. Pada permulaan ini, pastikan ahli keluarga tersebut bermain bersama kucing baru untuk mewujudkan suasana yang positif di ruang yang sama.
  1. Sekiranya kucing anda sudah selesa, mereka mungkin akan berinteraksi sesama sendiri. Namun, sekiranya terdapat tanda-tanda cemas atau agresif, segera hentikan masa ini dan asingkan mereka.
  1. Proses ini perlu diulangi beberapa kali sekiranya perlu sehingga mereka selesa dan akhirnya akan bermain bersama.

Tempoh masa kucing menyesuaikan diri di tempat baru

Sebenarnya, tempoh masa kucing menyesuaikan diri di tempat baru akan bergantung kepada personaliti kucing itu sendiri. Ada yang memakan masa berminggu, malah berbulan-bulan!

Namun, dengan persediaan yang lengkap dan teknik yang Oyen kongsikan, ia akan menjadikan proses ini lebih mudah  bagi anda!

Cara menjinakkan kucing

Bagaimana pula sekiranya anda ingin membawa kucing jalanan ke rumah baru? Ada beberapa tips tambahan  yang Oyen ingin kongsikan.

  1. Beri kucing anda waktu. Disebabkan mereka sudah lama berada dalam situasi di luar, kucing jalanan mungkin akan memakan masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri.
  1. Berikan mereka kasih sayang dan belaian. Sekiranya mereka sudah nampak selesa, berikan mereka perhatian dan kasih sayang. Belai dan bermain bersama mereka untuk membina hubungan serta kepercayaan mereka.
  1. Berikan mereka ruang. Berbanding dengan kucing yang sudah biasa tinggal di rumah, kucing jalanan mungkin akan lebih sensitif dan takut kepada persekitaran yang baru. Berikan mereka ruang untuk membiasakan diri dengan keadaan di rumah.

Pengalaman dan tips bawa balik kucing baru oleh pemilik kucing

Kali ini, kami bawakan perkongsian Puan Suziana, tentang pengalaman beliau membawa pulang kucing baru ke rumah. Ikuti perkongsian beliau bersama kami.

“Saya sebenarnya ada pengalaman dua kali bawa kucing ke rumah baru. Pada mulanya, memang tak ada pengalaman langsung. Orang kata, letak saja kucing dalam bilik yang sama, pandai-pandai la kucing ni berbaik, kan? Masalahnya, yang sebaliknya berlaku.

Pengalaman saya kali pertama dengan Bubu dan Hachi. Bubu memang dah tinggal bersama saya selama 2 tahun, kemudian saya bawa pulang Hachi ke rumah. Memang saya tak buat sebarang persediaan. Ingatkan okay, tapi dua ekor tu memang tak boleh serasi!

Bubu yang garang dan selalu menyerang Hachi © Suziana

Salah satu kesilapan saya, tak mandulkan Bubu dan dia rasa terancam dan akan serang Hachi dengan teruk. Malah, anak perempuan saya yang nak leraikan pergaduhan diserang dan dicakar di betis.

Bila Bubu hilang sebab salah saya juga tak mandulkan, saya nekad untuk mandulkan Hachi. Selepas itu, saya bawa pulang Aling ke rumah sebagai peneman Hachi dan kali ini, saya perkenalkan kucing saya ini secara yang betul. Akhirnya, Hachi dan Aling boleh rapat dan tak ada masalah,”kata Puan Suziana.

Aling, si kucing baru dan Hachi yang rapat © Suziana

Penutup

Dengan kucing baru di rumah, pastinya ia tanggungjawab yang besar bagi anda sebagai pemilik kucing. Bukan sahaja daripada aspek makan dan minum, perlindungan kesihatan juga sangat penting bagi memastikan kucing anda dilindungi sepenuhnya.

Dengan Oyen Pet Insurance, anda boleh memberikan perlindungan yang terbaik kepada si kucing baru ini hanya dengan harga serendah RM 32 bagi sebulan!

Bagi memberikan rawatan yang terbaik sejak daripada awal lagi, apa kata dapatkan perlindungan bagi si comel ini sejak dari awal lagi.

 Kali ini, jom mendaftar dengan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini.

Semak kelayakan di sini.