Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Pengalaman Si Manja Sakit Feline Coronavirus @ Feline Infectious Peritonitis (FIP)

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Sewaktu pandemik yang melanda pada tahun 2020, kita dikejutkan dengan Corona Virus yang menjangkiti manusia. Tahukah anda, sebenarnya kucing juga boleh dijangkiti Virus Corona ini yang boleh menyebabkan penyakit FIP.
Kali ini, Oyen kongsikan bersama anda pengalaman kucing kena FIP, oleh Ain, pemilik kepada Ollie. Jom baca perkongsian pengalaman Ain bersama kami.

Ollie peneman hati saya dan suami

Ollie merupakan kucing yang saya dan suami bela. Sewaktu suami saya sibuk bekerja di hospital, Ollie menjadi peneman saya bersama-sama di rumah.
Ollie merupakan kucing British Short Hair yang berusia lebih kurang dua tahun. Sewaktu dua tahun pertama membelanya, tidak ada masalah kesihatan atau sebarang perkara yang tidak normal pada Ollie.

Ollie mula kurang sihat

Sewaktu mencecah usia lebih kurang dua tahun, Ollie mula menunjukkan bahasa badan yang kurang selesa, tanda murung, kurang sihat seperti hilang selera makan dan muntah-muntah.
Saya dan suami ada membawa Ollie beberapa kali ke klinik veterinar, Ollie diberi rawatan biasa, Namun, keadaannya dari hari ke hari semakin stress, lemah dan tidak bertambah baik.

Ollie ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri

Sehinggalah suatu hari, saya dan suami saya baru sahaja pulang  dari bandar, kami menemui Ollie dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai. Kami mengunjungi klinik veterinar yang menawarkan perkhidmatan kecemasan.
Malam itu,  doktor mengesahkan Ollie  positif virus Corona.

Kesukaran mendapatkan rawatan klinik veterinar di bandar utama

Disebabkan saya dan suami tinggal di pekan kecil yang jauh dengan khidmat klinik veterinar yang  menawarkan perkhidmatan yang baik, kami perlu menempuh perjalanan yang jauh.
Bagi mendapatkan khidmat di klinik veterinar itu, saya dan suami terpaksa membawa Ollie dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dengan masa perjalanan yang memakan masa 1 jam 30 minit.

Ollie diperiksa dengan lebih lanjut

Disebabkan keadaan Ollie yang sudah teruk, Ollie juga disyaki menghidap penyakit FIP
“Pada waktu kami bawa ke kecemasan itu, sebenarnya keadaan Ollie sudah teruk. Pada waktu itu, kami bawa pulang Ollie balik dan nak jaga yang terbaik.

Pandemik Covid-19 melanda dunia, Ollie makin kritikal

Olie ketika dalam keadaan yang sudah lemah dan tidak bermaya © Ain

“Sekali lagi, kami diuji dengan seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19. Masa tu, ia menyukarkan lagi kami untuk beri rawatan disebabkan lockdown dan kawalan pergerakan.
Masa tu, susah sangat untuk dapatkan temujanji, saya dan suami juga perlu menumpukan perhatian kepada kerja saya dalam bidang kesihatan yang sangat diperlukan ketika itu,” Ain menerangkan.
Ollie juga mengalami kesukaran untuk melihat dan matanya sudah tidak nampak dengan jelas.

Vaksin hanya  sempat dos pertama

Bukan saya tak cuba, saya sebenarnya merancang untuk memberikan vaksin selengkapnya kepada Ollie, namun hanya setakat dos pertama. Saya tak sempat melengkapkannya apabila Ollie sudah jatuh sakit dan wabak Covid-19 melanda dunia.
Sehinggalah suatu hari,  Ollie menjadi sangat  lemah dan mengalami sawan dibawa sekali lagi ke veterinar dan akhirnya tidak dapat diselamatkan”, Ain mengakhiri perbualannya bersama kami.

Apa itu penyakit kucing FIP

FIP atau Feline Infectious Peritonitis sebenarnya merupakan penyakit daripada jangkitan Virus Corona yang bermutasi di dalam badan kucing.
Biasanya, kucing yang dijangkiti virus Corona hanya akan mengalami cirit-birit biasa. Namun, virus corona ini boleh bermutasi di dalam badan kucing yang menyebabkan jangkitan FIP.
Jangkitan virus FIP ini akan menyerang seluruh tubuh badan dan menyebabkan radang di bahagian tisu buah pinggang, abdomen dan juga otak.

Punca FIP kucing

Ada yang masih tertanya-tanya, adakah FIP kucing berjangkit? Sebenarnya, FIP bukan penyakit yang mudah berjangkit seperti penyakit sporo dan sebagainya.
Namun, jangkitan FIP  ini boleh disebabkan genetik imun badan yang sedia ada rendah, dan juga persekitaran yang mempunyai kucing yang banyak. Ia menyebabkan kucing-kucing ini akan lebih mudah terdedah dan dijangkiti Virus Corona.
Mana-mana kucing yang sudah dijangkiti Virus Corona ini akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti penyakit FIP pula.

Jangka hayat kucing FIP

Sebenarnya, jangka hayat kucing yang sudah dijangkiti FIP bergantung kepada keadaan kucing tersebut.
Walaupun penyakit FIP kucing masih tiada penawar, rawatan boleh diberikan untuk melegakan simptom dan juga meberikan kualiti hidup yang terbaik.

Simptom kucing FIP

Bagi penyakit FIP, simptom yang akan ditunjukkan bergantung kepada dua jenis FIP iaitu:

Dry FIP

Jangkitan Dry FIP akan menyerang salur darah di sekitar tubuh badan kucing. Jangkitan ini akan tertumpu kepada kawasan hati, buah pinggang, kulit dan otak.
Kucing yang dijangkiti jangkitan jenis ini akan menunjukkan simtom seperti sawan atau bergerak dalam keadaan yang tidak stabil dan pergerakan yang tidak normal. Kucing juga akan menjadi kerap muntah, hilang berat badan dan juga kerap kencing

Wet FIP

Bagi jangkitan jenis ini, ia menyerang di bahagian dada dan abdomen kucing. Kucing akan kelihatan seperti busung dengan cecair yang bertakung di bahagian ini. Sebenarnya, ia terjadi disebabkan jangkitan ini menyebabkan salur darah rosak dan mengalami radang atau inflamasi.
Kucing yang dijangkiti FIP boleh menunjukkan simptom salah satu jangkitan ini dan juga daripada kedua-dua jenis jangkitan ini.

Jika si manja anda menunjukan simptom-simptom sedemikian, kami sarankan untuk ke veterinar terdekat dengan kadar segera. Rujuk pautan ini untuk klinik haiwan 24 jam di KL & Selangor.

Kepentingan vaksin dalam mencegah jangkitan

Walaupun masih tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit FIP kucing, mengambil vaksin dalam dos yang lengkap mampu mengurangkan risiko jangkitan di masa akan datang.  Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.
Jika kos yang membimbangkan anda,  pelan Oyen Preventive Care sesuai dengan harga yang mampu milik. Pelan ini bukan sahaja merangkumi vaksin, malah ia juga menawarkan rawatan rutin yang lain seperti pemeriksaan fizikal, rawatan cacing dan juga kutu.
Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat tawaran dan diskaun bagi pembelian makanan kucing, aksesori dan sebagainya. Dapatkannya di sini!

Insurans sebagai perlindungan di masa akan datang

Sekiranya anda ingin bersedia menghadapi perkara yang tidak dijangka  kepada kucing anda di masa akan datang, insurans akan memberikan perlindungan lebih untuk kucing anda, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 


Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini. 

Related blogs you might want to read:

What is Cat Parvovirus? (The Cause, It's Symptoms, The Treatments & Preventing Infection)

Everything About FIV & Cats (Symptoms, Causes, Treatment & Costs)

What Is FIP In Cats And Is There A Cure?

11 Penyakit Kucing Yang Membawa Maut di Malaysia

2022 Guide: 11 Best Vet Clinics in KL and Selangor