Adakah anda sedang hamil? Pernah tak anda dengar wanita hamil tidak boleh membela kucing?
Katanya membela kucing semasa anda hamil merbahaya dan mendatangkan risiko kepada bayi dalam kandungan.
Jangan risau.
Membela kucing semasa anda hamil tidak mendatangkan sebarang masalah langsung. Malah, terdapat lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.
Baca artikel penuh untuk mendapat maklumat lebih lanjut.
Risiko
Walaupun membela kucing semasa anda hamil selamat, tetap ada bahaya kucing pada ibu hamil. Tetapi ia tidaklah begitu serius jika anda memang membela kucing dalam rumah dan tiada langsung kontak dengan kucing luar.
Parasit toksoplasma
Menurut artikel ini, toksoplasma merupakan sejenis parasit yang biasanya dijumpai pada kucing, daging mentah, dan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dicuci elok. Parasit ini tidak mendatangkan gejala yang ketara, namun boleh memberi kesan kepada ibu hamil.
a. Cara infeksi berlaku
Parasit ini mampu hidup dalam usus kucing dan keluar melalui najisnya. Oleh itu, jika anda tidak berhati-hati, anda boleh dijangkiti jika anda membersihkan pasir kucing yang bernajis tanpa sebarang perlindungan.
b. Bagaimana boleh menjangkiti bayi dalam kandungan
Jika anda dijangkiti, anda tidak akan mengalami sebarang masalah, namun,boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan bayi dalam kandungan. Selain itu, parasit ini juga boleh menyebabkan berlakunya keguguran.
Jangan risau! Bahaya kucing bagi ibu hamil yang tidak diingini boleh dielakkan sekiranya anda mengikut langkah-langkah berikut.
Cara Mengatasi
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi risiko yang dinyatakan di atas.
1. Pastikan kucing tidak bergaul dengan kucing luar
Hal ini paling penting kerana kucing luar kebiasaannya kotor dan tidak terjaga. Mereka terdedah kepada banyak kuman dan virus berbahaya yang boleh terjangkit jika kucing anda berada dekat dengan mereka. Oleh itu, pastikan anda memantau pergerakan si kucing agar ia tidak terlepas keluar rumah.
2. Minta orang lain bersihkan pasir najis
Sebaiknya, anda perlu menyerahkan tugas membersihkan pasir najis kepada orang lain. Hal ini kerana, parasit toksoplasma hanya ada pada najis kucing sahaja. Jika anda terpaksa membuang pasir najis kucing, pastikan anda memakai sarung tangan dan pelitup muka serta mencuci tangan sebersihnya.
3. Beri makanan yang sudah masak sahaja
Pastikan anda tidak memberi kucing anda makan daging mentah. Untuk selamat, berikannya makan kibbles dan wet food sahaja. Jika anda memberi kucing anda ikan, pastikan ikan sudah direbus sempurna sebelum dihidang.
4. Cuci tangan dengan sabun setiap kali selepas menguruskan kucing
Sama ada anda bermain atau memandikannya, pastikan cuci tangan sebersihnya dengan sabun. Selain parasit toksoplasma, perbuatan ini juga mampu mengelakkan anda daripada dijangkiti kuman lain.
5. Buat ujian darah
Jika anda berasa ragu-ragu, anda digalakkan membuat ujian darah. Sekiranya dikesan awal, ia mungkin dapat mengawal penularan parasit ini dan mengurangkan risikonya terhadap anda dan bayi dalam kandungan.
Tips
Berikut juga disertakan tips penjagaan membela kucing semasa anda hamil.
1. Sentiasa menjaga kebersihan
Sentiasa mop rumah dengan pencuci lantai. Pastikan juga anda memandikan kucing sekiranya ia didapati dalam keadaan kotor dan sentiasa menggaru-garu.
2. Jangan buang kucing - ia haiwan yang pembersih
Kucing secara harfiahnya haiwan yang pembersih. Ia menggunakan selama hampir 12 jam untuk menjilat dan membersihkan bulunya dalam masa sehari sahaja. Oleh itu, janganlah bertindak drastik dengan membuangnya hanya kerana ia mendatangkan risiko. Jika anda tidak mampu, anda boleh meminta bantuan orang lain atau menghantarnya ke hotel kucing untuk sementara.
3. Elak menambah kucing peliharaan baharu
Hal ini kerana kucing baharu, terutamanya kucing jalanan berisiko membawa pelbagai jenis kotoran dan kuman. Oleh itu, tangguhkan dahulu niat untuk menambah haiwan peliharaan baharu.
4. Jauhkan dari meja makan dan dapur
Anda boleh elakkan juga kucing anda daripada naik ke atas meja makan dan dapur. Ini kerana kawasan tersebut tempat lazim makanan.
Kebaikan
Hubungan antara ibu hamil dan kucing sebenarnya mendatangkan kebaikan. Mengusap dan bermain dengan kucing dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan. Semasa hamil, ia juga boleh menjadikan anda gembira dan tidak kesunyian.
Mitos
Adakah anda tahu mitos berkaitan kucing dan ibu hamil? Di sini disertakan beberapa mitos kucing dan kehamilan yang tidak perlu anda percayai.
1. Kucing pembawa parasit toksoplasma
Hal ini tidak benar sama sekali. Kucing hanyalah salah satu pembawa, tetapi bukan pembawa utama. Pembawa utama parasit toksoplasma adalah daging mentah. Oleh itu, elakkan memberi makan kucing anda ikan atau daging mentah. Berikannya wet food jika inginkan kepelbagaian dalam menu dan diet hariannya.
2. Bahaya bulu kucing bagi wanita hamil
Ini juga merupakan satu mitos. Ada pendapat mengatakan bulu kucing kotor dan boleh menyebabkan berlakunya keguguran. Anda tidak perlu risau kerana ia tidak benar sama sekali! Bulu kucing bersih kerana sentiasa dibersihkan. Anda juga boleh memandikan kucing jika berasa tidak selesa.
Namun, pastikan kucing anda tidak keluar rumah dan bergaul dengan mana-mana kucing jalanan.
Penutup
Kesimpulannya,kebanyakan bahaya kucing untuk ibu hamil hanyalah mitos. Jika anda tidak pasti, dapatkan nasihat doktor dan pakar. Elakkan membuang kucing semasa anda hamil. Sayangilah sebagaimana ia menyayangi anda sebagai tuannya..
Jika anda mahukan perlindungan lebih untuk kucing anda selain penjagaan rapi, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000.
Semak kelayakan di sini.