Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Rumah kucing: Tips dan segalanya yang anda perlu tahu

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Sebagai pemilik kucing, pastinya anda sudah biasa mendengar tentang sangkar kucing. Namun, sekiranya anda ingin menempatkan kucing anda di lokasi yang lebih selesa dan luas, apa kata kali ini anda berikan rumah kucing untuk si comel kesayangan?

Malah, pelbagai design rumah kucing yang menarik boleh didapati di Malaysia. Ada rekaan rumah kucing mewah seperti banglo kucing dan ada juga rumah kucing simple.

Dalam artikel ini, Oyen akan kongsikan segala yang anda perlu tahu tentang rumah kucing ini. Apa lagi, jom kita bermula!

Apa itu rumah kucing?

Secara ringkasnya, rumah kucing merupakan tempat khas bagi kucing anda untuk bermain, tidur atau melakukan aktiviti. Di Malaysia, rumah kucing ini juga dikenali dengan pelbagai panggilan nama seperti banglo kucing dan sebagainya.

Rumah kucing ini terdiri daripada pelbagai jenis rekaan dan boleh diperbuat daripada pelbagai bahan binaan. Contohnya, rumah kucing simple seperti rumah kucing kotak atau yang lebih eksklusif seperti rumah kucing kayu pallet.

Lokasi rumah kucing 

Apa yang menarik, bergantung kepada keselesaan dan kreativiti, anda boleh membina rumah kucing di dalam luar atau dalam rumah.

Biasanya, rumah kucing outdoor boleh menempatkan  aktiviti yang boleh dilakukan oleh si comel kesayangan seperti memanjat, melompat di dalam rumah kucing ini, Dengan menyediakan tempat khas seperti rumah kucing ini, kucing anda dapat melakukan aktiviti ini dengan lebih selamat dan terkawal.

Manakala, rumah kucing indoor pula boleh memberikan si comel ini kawasan dan ruang selamat mereka sendiri. Ia juga akan memberikan lebih keselesaan dan boleh menjadi tempat selamat  khas untuk mereka.

Cara bina rumah kucing

Bagi pemilik kucing yang memilih rumah kucing buatan sendiri,anda boleh mengubahsuai dan membuat pelan rumah kucing ini mengikut citarasa anda sendiri.

 Sekiranya anda berminat untuk diy rumah kucing sendiri, jom ikuti langkah ini untuk membina rumah kucing ini.

  1. Pilih lokasi yang sesuai

Salah satu langkah yang paling penting ialah memilih lokasi yang sesuai bagi rumah kucing anda.

Walaupun nampak remeh, pemilihan lokasi sangat penting dan perlu mempertimbangkan beberapa aspek seperti berikut:

  • Keluasan kawasan yang mencukupi
  • Keselamatan (bebas daripada banjir atau pokok yang mudah tumbang)
  • Tidak ada serangan haiwan liar
  1. Tentukan saiz rumah kucing anda

Berdasarkan keperluan kucing anda, tentukan saiz rumah kucing yang sesuai. Ia boleh bergantung kepada  beberapa perkara seperti berikut.

  • Saiz kucing 
  • Bilangan kucing
  • Aktiviti yang ingin dilakukan di rumah kucing seperti memanjat, mencakar dan sebagainya
  1. Pilih gaya dan design rumah kucing yang sesuai

Seterusnya, ini masanya anda memilih gaya dan design rumah kucing yang sesuai. Berdasarkan inspirasi dan idea yang ada, rangka pelan rumah kucing yang anda mahukan. Ini akan membantu anda untuk membuat anggaran persediaan bahan yang diperlukan.

  1. Sediakan bahan binaan rumah kucing

Apabila anda sudah ada pelan rumah kucing yang diingini, tiba masanya untuk anda merangka bajet dan membuat anggaran kos dan kuantiti bahan yang diperlukan. Anda boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk menggunakan bahan kitar semula seperti kayu terpakai, lebihan atap zink atau cat terpakai.

Jangan takut untuk menjadi kreatif!

Idea rumah kucing

Bagi yang inginkan lebih banyak  inspirasi untuk buat sendiri rumah kucing ini, jom Oyen kongsikan kepada anda beberapa idea rumah kucing yang boleh dicuba. Teruskan membaca!

Contoh rumah kucing buatan sendiri

Bagi membantu anda untuk bermula, kami kongsikan senarai video tutorial sebagai panduan untuk rumah kucing pertama. Jom kita bermula!

Contoh rumah kucing outdoor

  1. Rumah kucing berbumbung

 Anda inginkan rumah kucing berbumbung yang boleh dibina dengan kelengkapan dan arahan yang mudah? Apa kata anda cuba design rumah kucing yang Oyen kongsikan ini?

Rumah kucing yang berbumbung akan membantu daripada kucing anda kebasahan sekiranya cuaca hujan dan juga mengelakkan daripada serangan haiwan liar pada waktu malam.

Tonton video tutorial di sini ©SFGlobal Channel

  1. Bina rumah kucing guna bahan terpakai

Seterusnya, sekiranya anda ingin  membina rumah kucing dengan bajet yang rendah, apa kata anda bina rumah kucing simple dengan menggunakan bahan terpakai sahaja?

Gunakan sahaja apa sahaja yang ada di rumah anda dan jadi kreatif! Oyen kongsikan video tutorial sebagai panduan di bawah.

Tonton video tutorial di sini ©Bersama RnR

3. Rumah kucing outdoor dari kayu dan buluh

Nak dapatkan rumah kucing dengan hasil yang unik daripada alam semulajadi? Apa kata guna kayu dan buluh bagi memberikan hasil kemasan yang bukan sahaja klasik tetapi juga sangat unik.

Tonton video tutorial di sini ©Mas GarengTV

Rumah kucing besar

Contoh rumah kucing buatan sendiri seterusnya ialah rumah kucing dengan saiz yang agak besar. Apa yang menarik, dalam video tutorial ini, pemilik kucing ini menggunakan kreativiti sendiri untuk mengecat dan memberikan sentuhan peribadi yang unik untuk si comel.

Tonton video tutorial di sini ©MOHD IZWAN ISMAIL

Rumah kucing indoor

Selain itu, anda juga boleh membina rumah kucing indoor yang diletakkan di dalam rumah. Bukan sahaja lebih selamat, rumah kucing anda akan kurang risiko daripada terkena cuaca yang buruk atau serangan haiwan liar di luar rumah.

Rumah kucing dari kotak

Walaupun hanya daripada kotak, sekiranya kreatif anda juga mampu menghasilkan rumah kucing buatan sendiri. Anda boleh menggunakan kotak atau kertas kadbod dan bahan asas yang lain seperti gam dan juga gunting.

Jom tonton beberapa video tutorial dengan design rumah kucing yang simple tetapi tetap menarik!

Tonton video tutorial di sini ©KmiX

Tonton video tutorial di sini ©TuMan And Matchstick

Siapa kata  rumah kucing anda tak boleh kelihatan mewah walau hanya dengan menggunakan kotak? Dalam tutorial video ini, anda boleh membina istana kucing hanya dengan menggunakan kertas kotak dan cardboard!

Tonton video tutorial di sini © JRC Design

Senarai rumah kucing yang anda boleh dapatkan di pasaran

Bagaimana pula sekiranya anda pemilik yang sibuk dengan masa dan kerja? Jangan bimbang, terdapat banyak pilihan yang anda boleh cuba di pasaran.

Bukan sahaja menarik, rumah kucing yang dijual di pasaran ini juga menawarkan pelbagai bajet harga mengikut kemampuan anda sebagai pemilik kucing.

Rumah kucing kayu

Rumah kucing kayu pallet

Sekiranya anda peminat kayu pallet, laman web ini merupakan salah satu pilihan yang wajib anda pertimbangkan. Dengan design rumah kucing yang mewah serta eksklusif, pastinya akan membuatkan siapa sahaja terpegun.

 Laman web ©The Kayu Pallet

Rumah kucing kaca

Anda juga boleh memilih design rumah kucing yang mempunyai pintu kaca. Rekaan ini akan akan membuat rumah kucing anda kelihatan kemas dan juga mewah.

Selain itu, anda juga boleh memerhatikan aktiviti dan keadaan kucing anda dengan lebih mudah.

Shopee ©bargainpurchases

Rumah kucing besar

Bagi pemilik kucing yang inginkan design rumah kucing yang besar dan mewah, mereka boleh membuat pilihan di Instagram Banglo Kucing Selangor. Dengan pelbagai pilihan yang ada, pastinya sesiapa sahaja akan rambang mata!

Instagram| Whatsapp © Banglo Kucing Selangor

Rumah kucing simple

Selain itu, sekiranya anda hanya inginkan pilihan yang mudah, murah dan ringkas di pasaran, apa kata beli sahaja rumah kucing ini. Bukan sahaja murah, ia juga bersaiz kecil dan mudah untuk diletakkan di mana-mana ruang dalam rumah.

Shopee © petcity.my

Kandang kucing dalam rumah

Selain itu, sekiranya anda inginkan kandang kucing di dalam rumah, apa kata cuba rumah kucing ini. Saiznya lebih besar daripada sangkar kucing biasa dan mempunyai reka bentuk seperti rumah kucing.

Shopee © oscat_official_store

Apa yang menarik, rumah kucing ini mempunyai dua tingkat untuk memberikan lebih ruang kepada kucing untuk bermain dan melakukan aktiviti.

Rumah kucing rotan

Akhir sekali, bagi peminat barangan rotan, anda juga boleh memiliki rumah kucing daripada rotan. Ia pastinya memberikan bukan sahaja keselesaan kepada kucing, tetapi ia juga akan kelihatan unik dan klasik.

Shopee ©TANGANRATTAN.ID

Kesimpulan

Sebagaimana pentingnya rumah kucing bagi melindungi si comel dan sebagai tempat berteduh, begitu juga pentingnya insurans untuk melindung kesihatan mereka.

Sekiranya anda ingin bersedia menghadapi perkara yang tidak dijangka  kepada kucing anda di masa akan datang, insurans akan memberikan perlindungan lebih untuk kucing anda, anda boleh mendapatkan Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. 

Anda boleh semak kelayakan kucing anda di sini