Sekiranya ini merupakan kali pertama anda berhadapan situasi ini, jangan bimbang kerana masih ada alternatif yang boleh digunakan sebagai pengganti susu untuk anak kucing. Dalam artikel ini, Oyen akan kongsikan 12 susu anak kucing terbaik di pasaran yang boleh dicuba.
Sebelum Oyen kongsikan dengan lebih lanjut, ayuh kita belajar beberapa perkara tentang susu anak kucing. Jom kita bermula!
Sebab anak kucing tidak boleh menyusu dengan ibu kucing
Biasanya, terdapat beberapa situasi yang menyebabkan anak kucing tidak boleh menyusu dengan ibu kucing seperti berikut:
- ibu kucing bengkak susu. Sama seperti manusia, ibu kucing juga boleh mengalami bengkak susu disebabkan jangkitan
- Ibu kucing dalam keadaan tertekan. Sewaktu proses menyusu, hormon oxytocin diperlukan bagi ibu kucing menghasilkan susu. Apabila si ibu berada dalam keadaan tertekan, hormon ini tidak akan dihasilkan dan juga tidak dapat menyusukan anak kucing.
- Anak kucing kehilangan ibu kucing
Bila jadual pemberian susu pada bayi kucing yang sesuai?
Bagi anak kucing yang berusia di bawah 4 minggu, perut mereka masih belum sesuai untuk menghadamkan makanan biasa. Oleh itu, pengganti susu anak kucing ini perlu diberikan sepenuhnya sehingga anak kucing ini berusia 4 minggu.
Jadi, berapa ml anak kucing minum susu ini sebenarnya? Berikut merupakan panduan umum yang boleh digunakan untuk menentukan sukatan susu anak kucing yang sesuai:
Cara memberi susu kepada anak kucing
Secara ringkasnya, jom kita belajar beberapa langkah untuk memberi susu kepada anak kucing
- Beli botol dan puting botol susu yang khas bagi anak kucing. Oyen kongsikan beberapa pilihan botol susu yang sesuai di bawah tau!
- Beri susu kepada anak kucing dalam posisi yang betul. Perut kucing perlu berada di bawah dan jangan sesekali memberikan susu kucing dalam keadaan berbaring.
- Selepas diberikan susu, pastikan anda membersihkan sebarang susu yang melekat pada badan atau muka anak kucing.
Botol susu kucing
- PetAg Nursing Kit 2oz Bottle
Set ini dilengkapi dengan puting botol susu yang sesuai untuk memberikan susu kepada anak kucing. Bukan itu sahaja, set ini juga mempunyai berus botol susu untuk memudahkan anda membersihkan sebarang celahan dan kotoran.
Sekiranya anda ingin menggunakan botol susu ini, lubang pada puting susu perlu ditebuk sendiri mengikut kesesuaian anak kucing.
Tonton video tutorial ini bagi cara membuat lubang pada puting susu kucing ini.
Harga: Bermula RM 20
- CATTO Nursing Feeder
Sekiranya anda inginkan set botol susu yang lebih mudah untuk membuat lubang, ini merupakan salah satu pilihan yang boleh dicuba.
Botol susu ini diperbuat daripada bahan yang boleh bertahan dengan cuaca panas. Ia juga dilengkapi dengan 3 jenis puting botol susu yang boleh digunakan mengikut kesesuaian anak kucing anda.
Susu yang sesuai untuk anak kucing
Seterusnya, jom kami senaraikan beberapa jenama susu anak kucing yang terbaik dan sesuai. Jom kita bermula!
Pengganti susu anak kucing
- PetAg KMR® Kitten Milk Replacer Powder
© Pets Mall
Jenama yang sudah tidak asing lagi bagi anak kucing, PetAg merupakan pilihan pertama yang anda boleh cuba sebagai pengganti susu anak kucing. KMR atau Kitten Milk replacer ini dirumus khas sesuai bagi anak kucing yang baru lahir sehingga berusia 6 minggu.
Kandungan pengganti susu kucing ini dirumus khas sesuai dan mudah dihadam untuk anak kucing. Dalam bentuk serbuk, ia juga mudah untuk dibancuh sebelum diberikan kepada anak kucing.
Harga: Bermula dengan RM 59.90 bagi 6 oz
- Beaphar Lactol Kitten Milk Replacer
© Bearphar
Seterusnya, Bearphar Lactol Kitten Milk Replacer juga sangat mudah untuk digunakan dan senang untuk dibancuh. Bukan itu sahaja, kandungan susu ini juga terdiri daripada DHA, taurine, serta vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak kucing untuk membesar.
Susu kucing ini juga sesuai digunakan bagi kucing yang baru lahir sehingga usia mencecah 6 minggu.
Harga: Bermula RM 64.50
- Midalac Goat's Milk for Cats & Kittens
© Your Lucky Shop
Sekiranya anda mencari susu kucing Midalac, jangan lupa menjadikan ini sebagai salah satu pilihan. Susu ini sesuai bagi semua peringkat umur bermula dari anak kucing, kucing dewasa hinggalah kucing tua.
Dengan menggunakan susu kambing, ia lebih sesuai berbanding dengan susu lembu dan tidak akan menyebabkan cirit-birit disebabkan laktosa. Selain itu, susu kambing juga mengandungi kandungan karbohidrat, protein dan lemak bagi tumbesaran kucing.
Bukan itu sahaja, susu ini juga mengandungi vitamin dan mineral seperti Vitamin A, B Kompleks , C dan juga kalsium untuk sistem imunisi kucing serta tulang yang lebih kuat dan bulu yang lebih sihat.
Harga: Bermula RM 11.50
- Pets Own Sterilized Milk for Dogs & Cats 250ml
© Pets Own
Seterusnya, anda juga boleh mencuba susu kucing daripada Pets Own. Dengan kandungan susu yang bebas laktosa, ia juga mengandungi glucosamine yang membantu memberikan otot yang kuat bagi kucing.
Selain itu, susu ini juga dirumus khas bagi membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat serta kulit dan bulu yang sihat.
Harga: Bermula RM 6.10
- CINDY'S RECIPE Cat & Kitten Milk - 250ml
© Cindy’s Recipe
Bagi mereka yang ingin memilih susu kucing yang mudah dibawa, anda boleh mencuba susu kucing daripada Cindy’s Recipe. Dalam bentuk botol, susu ini mudah dibawa terutamanya sekiranya anda dalam perjalanan yang jauh atau tempat yang terhad untuk membancuh susu kucing.
Dengan kandungan susu yang bebas laktosa, ia tidak akan menggangu sistem penghadaman kucing anda.
- PETALAC Kitten Milk Replacer 215g
© PETALAC
Seterusnya, anda juga boleh mendapatkan pengganti susu kucing daripada Jenama PETALAC. Produk yang dirumus khas daripada Australia ini, sesuai diberikan kepada anak kucing yang baru lahir sehingga mereka berusia 8 minggu
Harga: Bermula RM34.90 bagi 215 g
- Neu Zea Milk Replacer
© Neu Za
Akhir sekali, anda juga boleh mencuba produk daripada Neu Zea Milk Replacer. Dengan kandungan laktosa yang rendah tetapi masih kaya dengan nutrien yang lain seperti vitamin, mineral dan amino acid, susu ini boleh menjadi salah satu alternatif untuk dicuba.
Susu kambing untuk anak kucing
Salah satu pilihan yang popular bagi susu anak kucing ialah susu kambing. Walaupun tidak boleh dijadikan sebagai pengganti susu kucing bagi kucing yang baru lahir, ia masih selamat untuk diminum oleh kucing.
Malah, susu kambing ini juga sesuai digunakan oleh kucing di semua peringkat usia. Kami kongsikan perbandingan jenama dan harga terbaik bagi susu kambing untuk anak kucing ini.
Bolehkah kucing minum susu dutch lady?
Jawapannya, tidak boleh. Susu lembu biasa yang ada di pasaran mengandungi laktosa dan tidak sesuai untuk perut kucing dan tidak boleh dihadam.
Sekiranya diberikan, kucing akan mengalami cirit-birit dan muntah. Sekiranya simptom ini semakin teruk, kucing anda juga perlu dibawa ke veterinar untuk mendapatkan rawatan.
Penutup
Sebagai pemilik anak kucing, pastinya 1001 persoalan dan tanggungjawab berada dalam fikiran anda terutamanya jika anda menjaga anak kucing tanpa ibunya.
Tahukah anda, anak kucing boleh dilindungi di bawah Oyen Pet Insurance seawal usia 12 minggu. Dengan hanya serendah RM 32 sebulan, anda berpeluang memberikan perlindungan kesihatan yang terbaik untuk mereka.
Kali ini, jom mendaftar dengan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM3, 500. Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini.
Semak kelayakan di sini.Seperti yang kita tahu, susu ibu kucing merupakan nutrien yang terbaik boleh diberikan kepada anak kucing. Namun, bagaimana sekiranya anak kucing kehilangan ibu atau ibu kucing tidak dapat memberikan susu?