Thara
We usually reply within 1 working day (Mon-Fri, 9am-5pm) 😊
Customer Care Team
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat
Locate your nearest vet with the new Oyen Vet Finder!
Find Vet Now

Kucing Gemuk? 9 Tips Mudah Kurangkan Obesiti Kucing Anda

Expert for this article
This is some text inside of a div block.
Table of content

Lihat sahaja kucing gemuk, pastinya akan menambat hati mana-mana sahaja pemilik kucing. Cukup comel dan pastinya membuatkan sesiapa sahaja geram untuk memeluk kucing ini!

Malah, ada pemilik kucing yang bertindak mencari cara membuat kucing mereka bertambah gemuk. Sebenarnya,kucing  yang gemuk akan terjejas daripada segi kesihatan cenderung mendapat pelbagai penyakit kucing malah, ada daripadanya boleh membawa maut.

Jangan bimbang, dalam artikel ini Oyen akan kongsikan 9 tips mudah kurangkan obesiti kucing anda.

Apa itu obesiti bagi kucing?

Obesiti pada kucing berlaku apabila berat badan kucing anda telah melebihi 15 hingga 20 peratus berat badan ideal kucing biasa. Namun, ia juga bergantung kepada jenis baka kucing tersebut.

Anda boleh merujuk kepada veterinar untuk menentukan adakah kucing anda telah mencapai tahap obesiti atau tidak bagi pengiraan kalori dan berat badan yang lebih tepat

Punca kucing mengalami masalah obesiti

Berikut merupakan beberapa punca yang biasanya menjadi salah satu faktor utama kucing menjadi bertambah gemuk sehingga berada di tahap obesiti.

1. Gaya hidup yang tidak aktif

Tanpa waktu bermain yang cukup atau disebabkan usia kucing yang semakin tua, ia cenderung untuk menjadi kurang aktif. Jika keadaan ini dibiarkan buat, ia boleh menyebabkan kucing anda mengalami masalah obesiti.

2. Kucing yang telah dimandulkan

Bagi sesetengah kucing, proses memandulkan kucing boleh menyebabkan kadar metabolisma menjadi sedikit rendah. Hasilnya, kucing boleh mengalami penambahan berat badan.

3. Tabiat makan secara berlebihan

Kebiasaannya, tabiat makan secara berlebihan merupakan tabiat yang telah dilatih sejak kecil. Memberi makanan secara berlebihan daripada keperluan kucing sebenar akan menyebabkan mereka mempunyai masalah obesiti dalam jangka masa panjang.

Tips mudah kurangkan obesiti kucing

Bagi mereka yang baru ingin bermula, Oyen kongsikan beberapa tips mudah untuk kurangkan masalah obesiti kucing anda. Jom kita bermula!

1. Tukar jenis makanan kucing

Pertama sekali, anda boleh bermula dengan cara yang cukup mudah. Cuba tukar sahaja jenis makanan kucing anda daripada kibbles atau makanan kering ke wet food atau makanan basah.

Wet food mempunyai nilai karbohidrat yang lebih rendah berbanding dengan kibbles yang . Kandungan air di dalam wet food juga memberikan rasa kenyang yang lebih cepat kepada kucing akan membantu mengawal pemakanan kucing anda.

2. Tetapkan waktu makan kucing

Jika dahulu kucing anda tidak mempunyai waktu makan yang tetap, ini masanya mendisiplinkan waktu makan kucing anda. Mungkin dahulu kucing anda hanya perlu mengiau comel ketika mangkuk makanannya kosong, namun kali ini tetapkan waktu makan secara rutin bagi membentuk tabiat makan yang baru.

Apa yang penting, kucing anda sekurang-kurangnya memerlukan rutin makanan sebanyak dua kali sehari. Malah, perut kucing juga boleh menjadi berasid sekiranya dibiarkan lebih daripada 12 jam. Jika anda tidak ingin membiarkan perut kucing anda kosong terlalu lama, gunakan kaedah memberikan makanan secara kerap tetapi kurangkan sukatan makanan setiap kali memberi makan.

3. Kurangkan sukatan makanan kucing anda

Ya, jika dahulunya anda tidak pernah membuat sukatan kepada makanan kucing anda, ini masanya untuk berubah. Dengan mengurangkan sukatan makanan, ia akan memastikan tidak berlaku pembaziran dan kucing anda juga akan boleh mengurangkan berat badan pada masa yang sama.

Bagi mengelakkan kucing anda terkejut dengan perubahan sukatan makanan yang mendadak, kurangkan sukatan makanan tersebut secara perlahan-lahan. Sebagai contoh, jika dahulu anda biasa memberi 1 mangkuk penuh makanan, kurangkan sedikit demi sedikit setiap hari.

Bagi mendapat sukatan makanan yang sesuai bagi kucing anda dalam kehidupan seharian, jangan lupa untuk merujuk kepada khidmat nasihat veterinar terlebih dahulu.

4. Pastikan kucing anda minum air yang secukupnya

Seterusnya, walaupun anda telah berjaya mengurangkan sukatan makanan kucing, jangan lupa memastikan si comel ini minum air yang secukupnya.

Sama seperti manusia, apabila kucing kekurangan air, ia boleh disalahertikan sebagai tanda lapar. Perkara ini boleh mendorong kucing untuk makan secara berlebihan dan sentiasa mengiau meminta makanan.

Jadi, sekiranya pada masa yang akan datang, kucing anda mengiau walaupun baru sahaja makan, ia mungkin tanda mereka sedang dahaga, dan bukannya ingin makanan lagi.

5. Letakkan bekas makanan di beberapa tempat berbeza

Jika di habitat semulajadi mereka, kucing akan cenderung untuk memburu bagi mencari makanan mereka. Namun, dengan kemudahan moden, mereka kini tidak lagi perlu menggunakan tenaga bagi mendapatkan makanan.

Hanya dengan membuat muka yang comel, pastinya mana-mana pemilik kucing akan cair dan mangkuk makanan mereka akan penuh terisi. Jangan begitu, dalam jangka masa panjang ini akan memudaratkan kucing sehingga mereka boleh mengalami masalah obesiti!

Bagi memberikan sedikit cabaran dan mendorong mereka untuk mengurangkan lebih banyak berat badan, letakkan bekas makanan di tempat yang mungkin memaksa mereka mengeluarkan sedikit tenaga untuk mendapatkannya.

Contohnya, jika sebelum ini, bekas makanan biasanya diletakkan di tingkat bawah, berikan sedikit motivasi sedikit kepada kucing untuk bergerak dengan mengalihkannya di tingkat atas atau tempat yang lebih tinggi. Mungkin tidak akan nampak perubahan yang ketara, namun ia sedikit-sebanyak mampu membuatkan kucing anda melakukan lebih banyak aktiviti fizikal.

6. Ubah makanan kucing kepada makanan diet jika perlu

Sekiranya perlu, anda boleh mengubah makanan kucing anda kepada makanan diet kucing. Apa yang menarik tentang makanan diet bagi kucing, ia akan memberikan nilai kalori yang kurang walaupun dengan jumlah sukatan makanan yang sama.

Jika anda bijak melatih kucing anda dengan mengurangkan sukatan makanan serta berjaya membiasakan kucing dengan makanan diet baru ini, pastinya proses mengurangkan berat badan obesiti bagi si comel ini akan menjadi lebih mudah!

7. Tambah waktu bermain bersama kucing

Bagi memastikan kucing anda menjalani kehidupan yang sihat, mereka memerlukan waktu bermain dan melakukan aktiviti fizikal yang secukupnya bagi memastikan sentiasa aktif. Bagi membantu menarik minat si comel ini untuk bermain, anda boleh menggunakan pelbagai jenis mainan kucing yang dijual di pasaran.

Biasanya, mainan kucing ini akan membuatkan si comel ini teruja untuk mengejar, melompat malah mencakar mainan ini. Jika sebelum ini, kucing anda hanya bermain bersendirian, kali ini, luangkan sedikit masa untuk bermain bersama kucing kesayangan ini.

Bagi kucing yang lebih tua, ia mungkin lebih sukar kerana mereka akan menjadi kurang aktif. Namun, ia bukan alasan untuk mengurangkan aktiviti serta waktu bermain bersama kucing. 

8. Jangan mudah terpujuk dengan rayuan kucing anda

Siapa sahaja mampu bertahan dengan renungan comel mata si kucing yang meminta makanan? Namun, anda tetap perlu bertahan. Walaupun pada mulanya, ia mungkin proses yang agak sukar bagi anda sebagai pemilik kucing, namun apabila si comel ini sudah terbiasa dengan rutin yang baru, ia akan menjadi lebih mudah.

Pada awalnya, kucing anda mungkin akan lebih kerap meminta-minta dan bermanja bagi meminta makanan, selagi mereka mendapat makanan secukupnya ia bukan alasan untuk makan secara berlebihan.

9. Dapatkan nasihat veterinar

Jika semua cara di atas masih tidak berhasil, ini mungkin masanya anda mendapatkan nasihat veterinar anda. Jika perlu, kucing anda mungkin terpaksa menjalani program penurunan badan di bawah seliaan klinik veterinar pula.

 Dengan bantuan professional pihak veterinar, proses pemerhatian dan menurunkan berat badan kucing pastinya menjadi lebih mudah. Malah, kos rawatan juga dapat dikurangkan dengan mendapatkan pelan perlindungan kesihatan bagi haiwan kesayangan ini.

Sekiranya kos kewangan yang menjadi masalah, maka ini mungkin masa terbaik untuk anda mendapatkan pelan kesihatan dan insurans kucing bagi si comel. Ia akan mengurangkan bebanan kos kewangan yang perlu ditanggung bagi rawatan kesihatan si comel ini. Tunggu apa lagi, jom semak kelayakan kucing anda di sini!

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam misi penurunan berat badan si comel ini.