Sebelum ini, pastinya anda sudah terbiasa dengan produk insurans kucing dari Oyen. Namun, kali ini bagi mereka yang beragama islam, anda mempunyai pilihan yang lebih baik dan menepati syariah!
Kali ini, Oyen akan memperkenalkan kepada anda produk terbaru kami iaitu Oyen Takaful Kucing. Pastinya anda tertanya-tanya, apakah takaful kucing? Apa bezanya dengan insurans kucing yang ditawarkan sebelum ini?
Jom Oyen kongsikan kepada anda segalanya yang anda perlu tahu di dalam artikel ini. Jom kita bermula!
Apa itu Takaful kucing?
Berbeza dengan insurans kucing, takaful kucing menggunakan konsep prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Bagi konsep takaful, ia memberikan perlindungan bersama bagi harta dan menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.
Sekiranya anda memilih takaful kucing, anda bersama dengan peserta sijil takaful yang lain akan membuat sumbangan dan sekiranya terdapat tuntutan, ia akan dikongsi oleh semua peserta sijil takaful yang lain berdasarkan perjanjian takaful yang telah dipersetujui.
Beza Takaful Kucing dengan Insurans Kucing
Sebenarnya, apakah yang membezakan antara takaful dan insurans yang ditawarkan ini? Oyen kongsikan kepada anda perbandingan jadual di bawah untuk lebih mudah memahami perbezaan dan perbandingan di antara kedua pilihan produk ini:
Prinsip takaful kucing yang anda perlu tahu
Nampak sama, tapi boleh menjadi sedikit berbeza. Di dalam Oyen Takaful Kucing yang ditawarkan, terdapat beberapa prinsip yang menggunakan prinsip yang hampir sama tetapi menggunakan istilah yang berbeza.
Salah faham tentang konsep insurans dan takaful
Seterusnya, Oyen kongsikan kepada anda pelbagai salah faham tentang perbandingan konsep insurans dan takaful:
Apa tuntutan yang anda boleh buat dengan takaful kucing?
Pelan kami mempunyai penolakan 10% atau RM100 (yang mana lebih tinggi), untuk setiap tuntutan daripada bil veterinar yang dikenakan kepada anda.
Apa yang akan dilindungi di bawah bil veterinar?
Berikut merupakan tuntutan yang boleh dibuat di dalam bil veterinar anda:
- Sesi konsultasi dengan doktor veterinar
- Ujian darah, X-Ray, urinalysis dan lain-lain
- Ubat-ubatan
- Sebarang ujian diagnostik untuk mengesan penyakit dan kecederaan
- Pembedahan
- Caj bermalam di klinik
Apakah penyakit dan kecederaan yang dilindungi?
- Asma
- Kecederaan dan kemalangan
- Kanser dan/ atau tumor
- Penyakit buah pinggang
- Diabetes
- FIV
- FeLV
- Feline Upper Respiratory Disease
- Serangan jantung/ penyakit
- Sporo, parvo, distemper
- Penyakit/jangkitan kulit
- Penyakit ringan seperti demam, selsema, cirit birit dan banyak lagi
Sebenarnya, senarai penyakit yang dikongsikan ini hanya merupakan panduan umum. Anda boleh merujuk kembali kepada sijil takaful.
Apakah penyakit yang tidak dilindungi?
Produk ini, seperti Takaful untuk manusia, tidak melindungi tuntutan yang disebabkan oleh kejadian yang berikut:
- Keadaan sedia ada
- Rawatan gigi atau gusi
- Rawatan rutin dan pencegahan (contohnya: vaksin)
- Kehamilan, kelahiran atau pembiakan (dan komplikasinya)
- Alat bantuan, prosthesis dan e-kolar
- Keadaan kongenital
- Keadaan/Penyakit keturunan
- Makanan, suplemen, vitamin
Untuk maklumat lengkap dan terperinci, sila lihat Sijil Takaful Kucing dan Lembaran Pendedahan Produk.
Pelan yang ditawarkan bagi takaful kucing
Caruman bermula dari RM319/tahun
Pelan kami mempunyai penolakan 10% atau RM100 (yang mana lebih tinggi), untuk setiap tuntutan, dan adalah berkenaan dengan manfaat tertentu
[Klik sini untuk sebutan harga]
Tips:
Diskaun untuk Pakej Keluarga Kucing. Dapatkan 10% diskaun bagi kucing tambahan dalam satu transaksi/sijil
Bagaimana cara membuat tuntutan Oyen Takaful Kucing?
Melalui Oyen, anda boleh membuat tuntutan hanya dengan cara mudah seperti berikut:
- Lawati mana-mana veterinar - Oyen tiada klinik panel
- Dapatkan butiran lanjut tentang diagnosis & resit lengkap
- Isi borang tututan dalam akaun Oyen anda
- Anda sudah selesai! Tuntutan akan dikreditkan ke akaun selepas diluluskan dalam jangka 2-3 minggu
Mengapa anda perlu memilih Oyen Takaful Kucing?
- Jika anda beragama islam, tidak perlu lagi untuk ragu-ragu dan menggunakan produk insurans konvensional yang ditawarkan. Anda sudah mempunyai pilihan Oyen Takaful Kucing dan gunakan tanpa ragu-ragu dan was-was
- Salah satu tuntutan dalam agama islam ialah melakukan ihsan kepada binatang. Dengan memilih takaful yang patuh syariah, anda bukan sahaja melindungi haiwan kesayangan malah melakukan ihsan kepada si bulus dan pada masa yang sama masih mematuhi hukum agama islam yang ditetapkan.
- Sumbangan yang berpatutan. Bagi setiap sumbangan, anda akan mendapatkan perlindungan yang terbaik bagi si bulus
- Takaful kucing ini akan membantu memberikan perlindungan kewangan di saat anda memerlukan. Kos perubatan si bulus boleh menjadi mahal, dan takaful kucing merupakan pilihan terbaik untuk membantu keadaan kewangan anda.
Penutup
Sekiranya dulu, produk insurans Oyen menjadi masalah bagi anda untuk membuat pilihan kerana ia berdasarkan insurans konvesional, sekarang anda tidak perlu lagi ragu!
Bukan sahaja patuh syariah, ia akan membantu anda memberikan perlindungan yang terbaik bagi si bulus!
Semak kelayakan di sini.
*Diunderait oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad
*Tertakluk kepada terma dan syarat sijil